Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPekerja spa panjat bumbung asrama elak api

    Pekerja spa panjat bumbung asrama elak api

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Empat wanita pekerja sebuah spa di Indera Mahkota 3, dekat Kuantan, Pahang, berdepan detik cemas apabila terpaksa memanjat bahagian bumbung premis tiga tingkat itu untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran awal pagi tadi.

    Semua wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan penyelamat menggunakan tangga kecemasan dari jentera bomba yang terbabit dalam operasi memadam kebakaran.

    Penolong Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata kebakaran bermula di tingkat satu premis terbabit, manakala asrama pekerja berada dalam bangunan yang sama.

    “Mereka (pekerja wanita) terpaksa naik ke bahagian bumbung premis untuk menyelamatkan diri.

    “Tidak ada kecederaan serius namun semua wanita itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu sesak nafas,” katanya.

    Ismail berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 4.02 pagi tadi.

    Katanya, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dan Taman Tas terbabit dalam operasi mengawal dan memadam kebakaran itu.

    “Seramai 19 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi berkenaan.

    “Kejadian itu mengakibatkan 40 peratus premis berkenaan mengalami kerosakan, terutamanya di tingkat satu.

    “Siasatan lanjut akan dilakukan pihak forensik bomba bagi mengenal pasti punca kebakaran,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts