Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPekida gesa PM campur tangan isu tapak Unesco Kg Baru Cina 

    Pekida gesa PM campur tangan isu tapak Unesco Kg Baru Cina 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim campur tangan berhubung rancangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming untuk menjadikan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

    Presidennya, Mohd Foad Mat Isa berkata cadangan tersebut perlu dihalang.

    Dia mendakwa ia bersifat perkauman dan cuba memanipulasikan fakta sejarah serta memberikan kesan negatif terhadap pembangunan Selangor pada masa akan datang.  

    “Pekida melihat isu ini sebagai satu tindakan yang tidak matang, bersifat eksklusif serta terpilih sedangkan umum mengetahui sejarah peradaban bumi Malaysia ini telah wujud berabad lamanya dan tanah ini didiami oleh bangsa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak,” katanya.

    Mohd Foad berkata rancangan itu “sangat serius dan sensitif”, tidak bertanggungjawab dan condong dalam membela kaum Cina sahaja.

    “Pekida berpandangan lebih banyak lagi kawasan, penempatan dan tempat bersejarah yang sewajarnya diangkat dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco berbanding Kampung Baru Cina di Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sebelum ini Nga dilaporkan bercadang untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco, bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu.

    Mohd Foad juga meminta perdana Menteri supaya mempertimbangkan semula portfolio KPKT supaya diberikan kepada pemimpin Melayu.

    “Kami harap KPKT diberikan kepada Menteri Melayu di kalangan Umno atau PKR bagi mengelakkan sebarang peranancangan jahat yang menguntungkan kaum Cina semata-mata dilaksanakan. 

    “Kita tidak mahu perkampungan Cina dipertahankan atas nama Tapak Warisan Dunia Unesco, sedangkan pada masa yang sama beratus kampung-kampung Melayu dimusnahkan dan dilenyapkan atas nama pembangunan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts