Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda ketika melintas di Jalan Penyabong, Endau, di Mersing, semalam.Ā
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata dalam kejadian pukul 3.45 petang itu, mangsa Syuhada Zafirah Samin, 15, dipercayai baru pulang dari sekolah dengan menaiki bas.
“Hasil siasatan mendapati pemandu lelaki Toyota Hilux itu sedang dalam perjalanan dari arah Penyabong ke Endau di Mersing dan cuaca ketika itu hujan gerimis.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba, menyebabkan pemandu Toyota Hilux itu tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Ā
Katanya mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan, pada pukul 10.24 malam tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
– Bernama
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda ketika melintas di Jalan Penyabong, Endau, di Mersing, semalam. Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata dalam kejadian pukul 3.45 petang itu, mangsa Syuhada Zafirah Samin, 15, dipercayai baru pulang dari sekolah dengan menaiki bas. “Hasil siasatan mendapati pemandu lelaki Toyota Hilux itu sedang dalam perjalanan dari arah Penyabong ke Endau di Mersing dan cuaca ketika itu hujan gerimis. “Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba, menyebabkan pemandu Toyota Hilux itu tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Katanya mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan, pada pukul 10.24 malam tadi. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama