Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPelajar Palestin di universiti awam dikecualikan yuran pengajian setahun

    Pelajar Palestin di universiti awam dikecualikan yuran pengajian setahun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Yuran pengajian bagi lebih 600 pelajar Palestin yang sedang menuntut di universiti awam di Malaysia, dikecualikan bagi tempoh setahun berkuat kuasa serta-merta, umum Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

    Beliau berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak universiti swasta bagi memberi pengeculian yuran kepada lebih 200 pelajar Palestin yang sedang melanjutkan pengajian di institusi mereka bagi tempoh setahun.

    Menurutnya, terdapat lebih 800 pelajar Palestin yang sedang menuntut di Malaysia dengan lebih 200 pelajar adalah di universiti swasta dan selebihnya sedang menuntut di pelbagai peringkat pengajian di universiti awam.

    “Kita juga sedang mempertimbang untuk memberi elaun bulanan selama setahun kepada semua pelajar universiti awam dan universiti swasta (Palestin) dan kesemua ini (pengecualian yuran dan elaun bulanan) akan melibatkan kos kira-kira RM20 juta hasil sumbangan daripada universiti awam, swasta dan orang ramai,” katanya.

    Gambar fail, kesan pengeboman Israel di Gaza.

    Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Global Higher Education Forum 2023 di Sepang hari ini, Mohamed Khaled berkata maklumat lanjut berhubung pengecualian yuran pengajian dan elaun bulanan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

    “Kita akan umum dari segi jumlah yang sebenar dalam sedikit masa lagi, kita sudah di peringkat akhir,” katanya.

    Beliau berkata KPT memberi perhatian terhadap kesan yang dihadapi oleh pelajar Palestin terbabit susulan daripada konflik di Gaza.

    “Sudah tentu mereka antara yang terkesan secara langsung daripada apa yang berlaku di negara tersebut, maka kita sedar keadaan pembelajaran mungkin terputus dan mereka mungkin tidak lagi dapat sokongan pembiayaan daripada keluarga atau penaja,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts