Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPelajar tajaan JPA boleh tangguh pulang ke Malaysia untuk kerja

    Pelajar tajaan JPA boleh tangguh pulang ke Malaysia untuk kerja

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sedang belajar di luar negara untuk menangguhkan kepulangan ke Malaysia bagi tujuan bekerja di luar negara.

    “Keputusan ini dibuat untuk memberi peluang kepada pelajar tajaan kerajaan menimba pengalaman dan kemahiran pekerjaan di luar negara sebelum kembali berkhidmat di dalam negara,” menurut kenyataan JPA pada hari ini.

    JPA menyatakan bahawa penangguhan tersebut tertakluk kepada beberapa syarat, antaranya adalah kebenaran bekerja berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh pelajar tahun akhir dalam peringkat ijazah pertama dan tidak diberikan secara automatik.

    Selain itu, tempoh penangguhan yang dibenarkan untuk bekerja di luar negara tidak boleh melebihi tiga tahun dan pelajar tajaan pinjaman dikehendaki membayar balik nilai pinjaman secara ansuran bulanan dalam tempoh tersebut.

    Menurut JPA, tempoh bekerja di luar negara akan dikira sebagai Tempoh Ikatan Berkhidmat yang ditetapkan dalam perjanjian.

    Bagi pelajar tajaan pinjaman, JPA menjelaskan bahawa pembayaran balik nilai pinjaman akan dikira berdasarkan sektor pekerjaan di dalam negara dan hanya dibenarkan sekali selepas pelajar pulang ke Malaysia, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

    Permohonan untuk penangguhan boleh dibuat mulai 15 Februari 2024 menerusi laman sesawang rasmi

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts