Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPelajar tingkatan empat dakwa dirogol sarjan: Polis jamin siasatan telus

    Pelajar tingkatan empat dakwa dirogol sarjan: Polis jamin siasatan telus

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan dengan telus dalam kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang mendakwa dirogol seorang polis berpangkat Sarjan, tahun lepas.

    Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata kes itu masih dalam siasatan, dan polis dalam proses mengenal pasti sekiranya kejadian berkenaan benar-benar berlaku.

    “Kita akan buat siasatan telus sepertimana siasatan lain, tiada SOP (prosedur operasi standard) yang lain, kita akan jalankan siasatan telus tanpa mengira subjek berkenaan adalah warga polis sendiri,” katanya kepada pemberita pada program High Profile Policing PDRM Perak sempena sambutan Thaipusam peringkat Negeri di Ipoh hari ini.

    Ditanya dakwaan pengguna media sosial yang mempertikai tiada sesiapa ditahan dalam kes itu, Azizi berkata terdapat beberapa perkara yang perlu disahkan oleh pihak polis terlebih dahulu.

    Di parkir sebuah pasar raya

    Semalam, media melaporkan pelajar berumur 16 tahun itu mendakwa kejadian berlaku di kawasan parkir di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah pada bulan Julai dan Oktober lepas.

    Sementara itu merujuk kepada kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar pada 10 Jan lepas, Azizi berkata polis telah menerima laporan rasmi daripada pihak bomba, yang mengesahkan bahawa bahan bakar yang digunakan suspek adalah petrol.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts