Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Pelan tindakan kesihatan mental kanak-kanak, remaja akan dirangka'

    ‘Pelan tindakan kesihatan mental kanak-kanak, remaja akan dirangka’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Kesihatan (KKM) akan membangunkan satu pelan tindakan kesihatan mental untuk kanak-kanak dan remaja, bagi mengatasi peningkatan kes kesihatan mental melibatkan golongan itu.

    Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja merupakan satu perkembangan yang membimbangkan kerana mereka merupakan pemimpin masa depan negara.

    “Pelan tindakan kesihatan mental kanak-kanak dan remaja akan dibangunkan supaya masalah ini tidak menjadi semakin teruk sehingga ke peringkat membunuh diri,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 peringkat kebangsaan, di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

    Pada 14 Okt, Dr Zaliha memaklumkan berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), seramai 424,000 orang kanak-kanak di negara ini mengalami isu kesihatan mental sepanjang tahun lepas dan trend ini dilihat semakin meningkat pasca Covid-19.

    Sementara itu, dia berkata literasi rakyat Malaysia mengenai kesedaran untuk menjaga kesihatan mental masih rendah dan KKM akan melaksanakan pelbagai pendekatan supaya rakyat lebih tahu mengenai kepentingan kesihatan mental terutama ketika pandemik.

    Dr Zaliha berkata orang ramai kini boleh mendapatkan akses kepada pelbagai perkhidmatan berkaitan kesihatan mental melalui platform digital, antaranya modul MyMinda di aplikasi MySejahtera.

    “Melalui MyMinda, pengguna boleh memeriksa status kesihatan mental masing-masing dengan menjawab soalan saringan minda sihat untuk kenal pasti diri, mendapatkan bahan psikopendidikan serta akses terhadap perkhidmatan bantuan sokongan psikososial,” katanya.

    Pada majlis itu, dia melancarkan Modul Latihan Pencegahan Bunuh Diri untuk Responder Pertama yang bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan dan melatih petugas barisan hadapan dalam mengendalikan kes tingkah laku bunuh diri.

    Turut dilancarkan Modul Latihan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) yang dibangunkan untuk melatih anggota kesihatan lain seperti pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan dan paramedik di klinik kesihatan seluruh negara.

    ALSO READ:  Penduduk sifatkan banjir Bukit Tinggi terburuk dalam 2 tahun

    Dr Zaliha berkata modul berkenaan dibangunkan susulan kekangan anggota profesional kesihatan mental, terutamanya ketika bencana pandemik Covid-19 dan kini sekurang-kurangnya satu pasukan MHPSS diwujudkan di setiap daerah dan hospital.

    Pada majlis itu, dia juga melancarkan ‘Kempen Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma’ bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, selain sebagai antara inistiatif untuk menangani stigma dan diskriminasi, terhadap individu yang mempunyai masalah kesihatan mental melalui pelbagai platform.

    Dr Zaliha berkata semua pihak perlu memainkan perananan untuk menjaga, memelihara dan menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat, serta stigma dan persepsi negatif terhadap individu yang mempunyai masalah mental perlu dihapuskan.

    Dia berkata disebabkan stigma yang menganggap individu dengan penyakit mental ini tidak boleh diubati, ia mengakibatkan jurang yang meluas bagi pesakit mental untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts