Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPelancong mohon maaf baca ayat al-Quran di Batu Caves

    Pelancong mohon maaf baca ayat al-Quran di Batu Caves

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pelancong asing yang mengundang kritikan kerana membaca ayat Al-Quran di Batu Caves, memohon maaf atas perkara itu.

    Dalam hantaran di laman TikToknya (@abdeentube), Abdellatif Ouisa menjelaskan dia pada mulanya menganggap Batu Caves sebagai tempat bersejarah – di mana sesiapa saja boleh membuat kandungan media sosial di sana – dan tidak menyedari signifikan lokasi itu kepada agama Hindu.

    “Saya ingat ia tempat bersejarah untuk semua, seperti setiap pelancong, bolah baca dan buat kandungan di sana, jadi itu yang saya buat.

    “Saya tak fikir ia akan menyinggung orang lain, terutama penganut agama Hindu, dan saya mohon maaf jika saya ada menyinggung sesiapa.

    “Bukan niat saya untuk menyinggung sesiapa, untuk memusnahkan apa-apa, atau buat orang terasa dengan membaca Al-Quran. Sebenarnya itu kandungan saya (di media sosial) dan saya membacanya di semua tempat,” katanya.

    Abdellatif berkata dia tidak tahu patung Dewa Murugan yang terletak di belakangnya ketika dia membaca Al-Quran adalah dewa agama Hindu.

    Dalam video tersebut, dia membaca ayat Al-Quran berkenaan tindakan Nabi Ibrahim memusnahkan berhala. Video tersebut sudah dipadam.

    Ia telah mencetuskan perdebatan dengan ada yang mempersoalkan niat Abdellatif membaca ayat suci Islam di hadapan patung Dewa Murugan.

    Menurut laporan dalam talian, Abdellatif adalah seorang pempengaruh dakwah dari Maghribi dan tinggal di Jerman.

    Dia juga mengendalikan Abdeen Institute – sebuah akademi yang mejadi mediumnya menjual kursus dan buku elektronik berkenaan Islam dan Bahasa Arab.

    ‘Ingin sebar kasih sayang, bukan kebencian’

    Sementara itu, Abdellatif berkata dia hanya mahu menyebarkan kasih sayang sebagai orang Islam, namun sebaliknya menerima banyak mesej bernada kebencian.

    “Saya rasa teruk sebab orang hantar mesej kepada saya dan saya baca mesej dan komen itu…

    ALSO READ:  Restoran minta maaf berhubung komen terhadap 'type C'

    “Tetapi saya menyebarkan kasih sayang. Bagi saya, selaku orang Islam, saya menyebarkan kasih sayang dengan Al-Quran,” katanya lagi.

    Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar mengecam tindakan Abdellatif.

    Mohd Na’im menganggap tindakan pelancong itu sebagai sangat tidak wajar dan tidak memahami masyarakat berbilang budaya di Malaysia atau menghormati tapak keagamaan.

    Dia juga mengingatkan Islam melarang keras menghina agama lain, dan tindakan provokasi sebegitu boleh menjejaskan kewujudan bersama secara aman masyarakat berbilang agama di Malaysia.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts