Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPelantikan Ahmad Terriruddin langkah tepat

    Pelantikan Ahmad Terriruddin langkah tepat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Peguam Negara Baru Ahmad Terrirudin Mohd Salleh Tepat, Kata Menteri Azalina Othman Said

    Pelantikan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 6 September ini disifatkan sebagai tepat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata itu adalah kerana kedudukan Ahmad Terrirudin yang merupakan Peguam Cara Negara adalah nombor dua selepas Peguam Negara.

    “Beliau merupakan seorang yang profesional dan saya yakin pelantikan ini adalah tepat. “Ini kerana kita melihat ia sebagai pelantikan dalaman dari Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memang terdiri daripada peguam-peguam pakar, yang mewakili kepentingan negara dalam sektor perundangan,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan wakil-wakil pusat daerah mengundi (PDM) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kempas di Taman Dahlia, Johor Bahru malam tadi.

    Azalina juga berharap pelantikan itu akan membawa kepada kesinambungan kerja-kerja yang dilaksanakan Peguam Negara (Idrus Harun) dan AGC secara menyeluruh. Ahli Parlimen Pengerang itu berkata demikian ketika mengulas pengumuman pelantikan Ahmad Terrirudin.

    Ahmad Terrirudin, 55, merupakan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada 25 Mac 2022 dan akan menggantikan Idrus yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September ini.

    Mengulas mengenai dakwaan Pemuda Umno tentang kebocoran dokumen memo dalaman AGC, Azalina menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat. “Kalau dia (Pemuda UMNO) nak buat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), biarlah agensi yang bertanggungjawab siasat,” katanya.

    Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh dipetik sebagai meminta agar Ahmad Terrirudin mengesahkan sama ada berlaku atau tidak kebocoran dokumen memo dalaman AGC seperti yang tular di media sosial. Dr Muhamad Akmal berkata jika kebocoran berlaku, pihaknya akan membuat laporan kepada SPRM dalam masa terdekat selepas menggerakkan seluruh ahlinya untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.

    ALSO READ:  Lepas baca khutbah, Anwar pimpin syahadah seorang lelaki di New York

    Sebelum ini, dokumen setebal 12 muka surat bertarikh 10 Oktober 2019 tersebar dalam talian, yang didakwa sebagai memo dalaman daripada pasukan pendakwaan bagi kes Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) yang ditujukan kepada Peguam Negara ketika itu Tommy Thomas. Dokumen itu didakwa tertulis pengesyoran enam daripada pertuduhan rasuah terhadap bekas perdana Menteri Mohd Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah digugurkan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts