Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPelantikan exco baru dibuat lepas bincang dengan Bersatu - Shukri

    Pelantikan exco baru dibuat lepas bincang dengan Bersatu – Shukri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Perlis Mohd Shukri Ramli menafikan dia tidak berbincang dengan pucuk pimpinan Bersatu sebelum melantik exco kerajaan Negeri yang mewakili parti itu.

    Sebaliknya pesuruhjaya PAS Perlis itu mendakwa dia keputusannya melantik dua Adun Bersatu dalam barisan baru exco Negeri dibuat hasil daripada perbincangan berkenaan.

    “Saya merujuk pimpinan (PN). Dan apa yang dituntut (iaitu) penambahan kuota untuk exco Bersatu memandangkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dipilih dalam kalangan pimpinan PAS.

    “Oleh itu, saya menamakan Adun Tambun Tulang, Wan Zikri Afthar Ishak berdasar keupayaan beliau menjalankan tugas,” katanya seperti dilapor lidah rasmi PAS, harakahdaily.

    Semalam, pemimpin nombor satu Bersatu Perlis secara terbuka mengecam Mohd Shukri ekoran namanya sekali lagi tercicir daripada pelantikan sebagai exco.

    Malah Abu Bakar Hamzah juga menganggap Mohd Shukri tidak menghormati pemimpin sendiri kerana tidak mengendahkan surat sokongan diberi Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

    Dipetik media selepas majlis mengangkat sumpah exco di Arau hari ini, Abu Bakar berkata selain diketepikan oleh Mohd Shukri, dia berpendapat ada pemimpin tertentu dalam Bersatu di Perlis mengkhianatinya.

    “Saya cukup kesal kerana Menteri besar membelakangkan keputusan presiden parti yang juga pengerusi PN (Muhyiddin) yang sudah memberi sokongan saya sebagai exco,” katanya seperti dipetik BH Online.

    Mengulas lanjut Mohd Shukri berkata hubungan parti komponen dalam PN di Perlis sehingga kini berjalan lancar.

    Katanya dia akan bertemu dengan presiden Bersatu, bagi membincangkan lanjut mengenai perkara tersebut.

    Untuk rekod tiga Adun Bersatu Perlis dilantik sebagai exco kerajaan Negeri berbanding dua sebelum ini.

    Tiga exco Bersatu itu ialah, Adun Titi Tinggi, Izizam Ibrahim; Adun Pauh, Megat Hashirat Hassan; dan AdunTambun Tulang, Wan Zikri Afthar Ishak.

    ALSO READ:  Malbatt 850-10 berdepan cabaran ketika bertugas di Lubnan
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts