Pakatan Harapan (PH) dan BN telah dua kali memungkiri janji berhubung pelantikan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak pilihan raya umum ke-15 lalu, kata kumpulan NGO pemantau pilihan raya, Bersih.
Menurut Pengarah Eksekutif Bersih, Ooi Kok Hin, kedua-dua PH dan BN, gabungan yang membentuk komponen terbesar kerajaan perpaduan hari ini, pernah berjanji bahawa pelantikan penting akan dikaji semula melalui jawatankuasa parlimen.
Namun, sehingga kini, katanya, kerajaan Madani telah melantik dua anggota SPR tanpa melalui proses terbuka dan telus.
âJanji sudah dimungkiri dua kali.
âDan dengan persaraan pengerusi SPR (Abdul Ghani salleh) pada bulan ini, adakah janji akan dimungkiri buat kali ketiga?â soalnya.
Bersih mengadakan sidang media pagi ini berhubung pelantikan ahli SPR terbaru Sapdin Ibrahim, yang memulakan tugasnya pada Isnin (6 Mei) lalu.