Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPelepasan sisa air nuklear Fukushima bermula Khamis ini

    Pelepasan sisa air nuklear Fukushima bermula Khamis ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL l Pelepasan sisa air penyejuk terawat daripada runtuhan loji nuklear Fukushima ke laut akan bermula pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida membuat pengumuman itu pada Selasa selepas bertemu dengan Menteri Kabinet yang berkaitan.

    Kishida berkata pelepasan air ke Lautan Pasifik adalah satu perkara yang “tidak boleh ditangguhkan”.

    Fumio Kishida

    Menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, pelepasan sisa air berkenaan tidak mendatangkan bahaya kepada manusia, atau alam sekitar, bagaimanapun, nelayan tempatan dan negara jiran seperti China menentang rancangan Jepun.

    Loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi mengalami leburan teras pada 2011 akibat kejadian gempa bumi dan tsunami.

    Reaktor, walaupun ditutup, masih perlu disejukkan dengan menggunakan air yang disimpan di dalam tangki.


    Oleh kerana tiada lagi ruang penyimpanan air yang berbaki, air sepatutnya disalurkan ke lautan melalui terowong sepanjang satu kilometer.

    Ia akan ditapis dan dicairkan dengan air laut terlebih dahulu.

    Pelupusan 1.3 juta tan air itu dijangka mengambil masa 30 tahun.

    – Bernama-dpa

    Pelepasan sisa air penyejuk terawat daripada runtuhan loji nuklear Fukushima ke laut akan bermula pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa). Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida membuat pengumuman itu pada Selasa selepas bertemu dengan Menteri Kabinet yang berkaitan. Kishida berkata pelepasan air ke Lautan Pasifik adalah satu perkara yang “tidak boleh ditangguhkan”.

    Menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, pelepasan sisa air berkenaan tidak mendatangkan bahaya kepada manusia, atau alam sekitar, bagaimanapun, nelayan tempatan dan negara jiran seperti China menentang rancangan Jepun. Loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi mengalami leburan teras pada 2011 akibat kejadian gempa bumi dan tsunami. Reaktor, walaupun ditutup, masih perlu disejukkan dengan menggunakan air yang disimpan di dalam tangki.

    ALSO READ:  North Korea fires several cruise missiles towards sea, says South Korean military

    Oleh kerana tiada lagi ruang penyimpanan air yang berbaki, air sepatutnya disalurkan ke lautan melalui terowong sepanjang satu kilometer. Ia akan ditapis dan dicairkan dengan air laut terlebih dahulu. Pelupusan 1.3 juta tan air itu dijangka mengambil masa 30 tahun. – Bernama-dpa

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts