Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPeluk pemimpin Hamas hanya wayang Anwar - Isham Rais

    Peluk pemimpin Hamas hanya wayang Anwar – Isham Rais

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tindakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bertemu pemimpin Hamas bertujuan untuk mengalih perhatian terhadap isu penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, dakwa aktivis politik, Hishamuddin Rais.

    Malah Hishamuddin mendakwa tindakan Anwar bersalam dan ‘memeluk’ pemimpin Hamas, Ismael Haniyeh hanyalah sekadar ‘wayang’ bagi menutup isu perjanjian dengan Global Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah anak syarikat firma pelaburan pro-Israel, Blackrock.

    “Blackrock jelas ialah (penyokong) zionis dan kita memberikan pelaburan kita (MAHB) kepada zionis.

    “Jadi, (Anwar) tidak boleh kata – saya tidak tahu (latar belakang Blackrock). Tidak boleh kata – saya sudah ‘berpeluk-peluk’ dengan Ismael Haniyeh (pemimpin Hamas). Ini teater, ini wayang.

    “Wayang-wayang ini dipentaskan untuk (menutup) perjanjian dengan Blackrock. Kerana itu (perjanjian) ini harus dibatalkan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan protes di hadapan bangunan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, pagi tadi.

    Terdahulu, sekumpulan aktivis anti-Israel berdemonstrasi di hadapan bangunan itu bagi membantah tawaran penjualan saham MAHB kepada GIP.

    Dipimpin oleh Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), mereka turut menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Bahagian (Pentadbiran) Kementerian Pengangkutan Malaysia, Rosli Muhammad di Putrajaya.

    Dalam memorandum berkenaan, SSP menuntut kerajaan menjawab isu berkaitan penjualan saham MAHB secara tuntas dan profesional.

    Pada 17 Mei lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata laporan yang mengatakan bahawa 25 peratus baki saham MAHB akan dimiliki syarikat pro Zionis, adalah tidak berasas.

    Katanya, dakwaan yang dibangkitkan pembangkang itu hanyalah semata-mata untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

    “.. tiada yang positif daripada dia (pembangkang), hanya menghasut penuh dengan kebencian dan dengki. Segala kenyataan kita yang diakui oleh dunia termasuk pertemuan dengan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh tidak beri sesuatu yang positif kepadanya, yang dicari adalah fitnah dan hasutan,” katanya.

    Sebelum itu, Anwar bertemu dengan delegasi Hamas, yang diketuai oleh Ismail di luar lawatan rasmi tiga hari perdana Menteri itu ke Qatar pada 13 Mei lalu.

    ALSO READ:  Ku Li saran pemilihan baru Umno tukar kepimpinan parti

    Pada pertemuan itu, Anwar turut mengulangi komitmen Malaysia menyuarakan bantahan kepada komuniti antarabangsa dan menyeru agar serangan dihentikan selain menyediakan bantuan kemanusiaan, perubatan dan pendidikan kepada mangsa peranang.

    Boikot kerajaan

    Sementara itu, Ketua Penerangan Pejuang Muhammad Rafique Rashid Ali meminta kerajaan menetapkan pendirian mereka dalam perjuangan konflik Palestin-Israel.

    Katanya, kerajaan dan rakyat Malaysia perlu melakukan tindakan seiring dengan janji yang dibuat untuk menyokong dan menyatakan solidariti kepada Palestin.

    “Rakyat perlu menggesa kerajaan ‘to walk the talk’, kalau semua rakyat (boleh) menjalankan boikot serta bersatu dalam menyokong penderitaan rakyat Palestin. Maka, seharusnya, dalam perkara seperti (isu) Blackrock, kerajaan hari ini juga harus diboikot.

    “Kita tidak mahu kerajaan hipokrit dan mahu kerajaan kotakan apa yang dijanjikan selama ini,” katanya.

    Tegasnya lagi, Blackrock merupakan pengeluar senjata serta pendukung utama ke atas kes genosida dan pembantaian yang sedang berlaku ke atas rakyat Palestin.

    “Kadang-kadang kita ada pendapat berbeza dalam pelbagai perkara, tetapi dalam isu hak rakyat Palestin, kita mempunyai agenda yang sama,” katanya lagi.

    Presiden Gamis, Imran Sulaiman pula mempersoalkan kewajaran kerjasama dengan syarikat terkait zionis itu dan mendakwa normalisasi perjanjian tersebut tidak akan memberi justifikasi terhadap tindakan keganasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin.

    “Adakah Malaysia mahu menjadi negara penyumbang kepada peranang di Palestin? Saya rasa kita semua tak mahu menjadi penyumbang utama kepada kematian saudara-saudara kita (di Palestin),” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts