Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemain bola diserang: Polis masih siasat motif - IGP

    Pemain bola diserang: Polis masih siasat motif – IGP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis masih belum mendapat kaitan antara insiden serangan terhadap beberapa pemain bola sepak negara baru-baru ini, maklum Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

    Jelasnya, polis perlu mengenal pasti motif di sebalik kejadian sebelum pasukan keselamatan itu boleh menyatakan sama ada ia berkaitan atau tidak.

    “Motif, kita belum sampai lagi pada motif itu,” kata Razarudin pada sidang media hari ini.

    “Kalau kita dapat motif, mungkin kita akan boleh cakap benda ni, sama ada kejadian yang sudah dirancang untuk jadikan satu jenayah,” katanya kemudian, menjawab soalan kemungkinan perkaitan antara dua kejadian itu.

    Pada 2 Mei lalu, dua perompak menyerang pemain sayap Terengganu FC Akhyar Rashid selepas dia pulang dari latihan.

    Tiga hari kemudian, pemain sayap Selangor FC Faisal Halim pula mengalami serangan asid di sebuah pusat beli-belah, melecur tahap empat yang memerlukan pembezahan.

    Dijangka Faisal perlu mengambil masa tiga hingga enam bulan sebelum dia boleh kembali beraksi.

    Pada satu lagi kejadian pada 7 Mei lalu, cermin kereta pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Safiq Rahim pula telah dipecahkan ketika dia pulang dari latihan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts