Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesPemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir

    Pemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir

    -

    Shopee CNY Sale

    Pemaju projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) diarahkan mengkaji punca dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi kekerapan banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di Selangor, susulan pelaksanaan projek itu antaranya di depan Pasar Borong Meru dan Sekolah Tinggi Klang, dekat Shah Alam.

    Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Ng Sze Han berkata antara perkara yang perlu diteliti dan diambil kira pihak LRT3 ialah melakukan kerja pembersihan parit alir keluar di sepanjang Jalan Meru sehingga Sungai Klang dan menyemak pembinaan serta mengubah suai pembetung di kawasan Bulatan Kota.

    “Masalah air bertakung juga terjadi apabila berlakunya hujan lebat yang melampau pada ketika air laut pasang besar.

    “Ia akan mengakibatkan berlakunya aliran balik air kembali ke perparitan sepanjang Jalan Meru, seterusnya menyebabkan air melimpah dan mengakibatkan air bertakung,” katanya pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam hari ini.

    Beliau menjawab pertanyaan Dr Quah Perng Fei (PH-Bandar Baru Klang) mengenai punca air bertakung di peparitan sepanjang LRT3 terutamanya di depan Pasar Borong Meru dan padang Sekolah Tinggi Klang, setiap kali hujan lebat.

    Ng berkata antara punca utama yang dikenal pasti penyumbang berlakunya air bertakung ialah berlaku sekatan di hilir perparitan ke sungai, terdapat mendapan dan sampah sarap serta halangan utiliti yang menyekat aliran perparitan.

    “Dalam hal ini, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) telah berbincang dengan pihak LRT3 dan pemaju diarahkan membuat semakan, mengkaji punca kekerapan banjir seterusnya mengemukakan langkah penyelesaian kepada masalah terbabit,” katanya.

    Dalam pada itu, Ng berkata status kemajuan keseluruhan projek LRT3 telah mencapai kadar 93.88 peratus setakat Januari lepas dengan status kemajuan infra di Bandar Baru Klang bagi pembinaan landasan ialah 99.24 peratus, dan status kemajuan Bandar Baru Klang bagi pembinaan stesen sebanyak 91.03 peratus.

    ALSO READ:  Israel setuju 'hentikan serangan' empat jam setiap hari di Gaza

    Beliau berkata Projek LRT3 dijangka siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada Mac 2025.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts