Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemandu lori didakwa bunuh anak saudara

    Pemandu lori didakwa bunuh anak saudara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh anak saudara lelakinya berusia setahun enam bulan, dua minggu lalu.

    Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada M Kesigan, 28, selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh T Hudesh di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai, Lembah Subang, dekat Petaling Jaya, pada 11.15 malam, 24 Jan lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya Noor Khairun Nisa Noor Harun tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam kerana kes bunuh tidak boleh dijamin.

    Mahkamah menetapkan 3 April ini untuk sebutan semula kes bagi laporan kimia dan bezah siasat.

    Pada 26 Jan lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dibawa ke Hospital Shah Alam oleh bapa saudaranya dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai didera.

    Kanak-kanak malang itu dikatakan dihantar ke rumah bapa saudaranya setiap kali ibu bapanya keluar bekerja.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts