Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemandu lori didakwa cuba sebabkan kematian polis

    Pemandu lori didakwa cuba sebabkan kematian polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pemandu lori yang lari dari sekatan jalan raya dan dikejar sejauh kira-kira 50 kilometer sebelum dia menghimpit motosikal ditunggang seorang anggota polis trafik ke laluan bertentangan, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah.

    Muhamad Hasrulnizam Hasim, 21, mengaku tidak bersalah atas semua tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan majistret Saiful Sayoti.

    Dia didakwa cuba menyebabkan kematian Koperal Mohd Nur Hafisi Amarudin, 34, dengan menghimpit dan cuba melanggar motosikal yang dinaiki anggota polis itu semasa cuba melarikan diri daripada ditahan polis di KM5 Jalan Serting Tengah-Keratong, Jempol.

    Kejadian didakwa berlaku antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.15 petang pada 9 April lalu.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

    Muhamad Hasrulnizam turut didakwa memandu lori dalam keadaan melulu dan berbahaya iaitu sengaja menghimpit sehingga hampir melanggar kenderaan polis dan mendatangkan bahaya kepada orang awam di KM9 Jalan Bahau-Kemayan pada 12.25 tengah hari 9 April.

    Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama.

    Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda maksimum RM15,000, selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu minimum lima tahun, lesen memandu percubaan dibatalkan serta kesalahan akan diendors pada lesen memandu.

    Bagi pertuduhan ketiga tertuduh didakwa memandu kenderaan itu dengan tidak cermat terhadap pengguna jalan raya dan dengan cuai melanggar sebuah motosikal pada masa, tarikh dan lokasi sama (KM9 Jalan Bahau-Kemayan).

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 43 (1) APJ 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama memperuntukkan denda maksimum RM10,000 dan penjara tidak lebih 12 bulan, jika sabit kesalahan.

    ALSO READ:  European court denies effort by Venezuela ex-official to avoid US extradition

    Timbalan pendakwa raya, Farahidah Zool, tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh bagi pertuduhan cuba menyebabkan kematian, bagaimanapun mencadangkan RM20,000 beserta syarat tambahan sekiranya mahkamah membenarkan jaminan.

    Muhamad Hasrulnizam yang tidak diwakili peguam marayu wang jaminan minimum atas alasan berasal dari keluarga susah dan ibu bapa tidak bekerja.

    Mahkamah membenarkan jaminan RM18,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin, beserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali.

    Mahkamah kemudian menetapkan 6 Mei ini untuk sebutan semula kes tersebut.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts