Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemandu parah kereta rempuh kedai makan

    Pemandu parah kereta rempuh kedai makan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah kedai makan di tepi Jalan Sungai Semambu, Kubang Semang, Bukit Mertajam awal pagi tadi.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.27 pagi sebelum terus ke lokasi dan mendapati mangsa, Yap Chun Huat, 30, tersepit dalam keretanya.

    “Kereta mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah kedai di tepi jalan dan semasa kemalangan itu tiada sesiapa dalam kedai tersebut serta lelaki berkenaan memandu sendirian,” katanya di Bukit Mertajam hari ini.

    Jurucakap itu berkata Yap dikeluarkan pada jam 1.52 pagi dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts