Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemandu, pengusaha lori Kelantan kembali beroperasi hari ini

    Pemandu, pengusaha lori Kelantan kembali beroperasi hari ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemandu dan pengusaha lori akan kembali beroperasi hari ini selepas mogok selama tiga hari sebagai protes terhadap operasi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak Selasa lepas hingga semalam.

    Setiausaha Persatuan Pengusaha dan Pemandu Lori Kelantan Azam Daud berkata pihaknya telah mengadakan dialog dan menyerahkan memorandum kepada JPJ Negeri pada Selasa dengan harapan perkara terbabit dapat diselesaikan serta dibincangkan ke peringkat lebih tinggi.

    “Lebih 2,000 pemandu dan pengusaha lori di Kelantan membuat keputusan kembali beroperasi mulai esok (hari ini),” katanya kepada Bernama semalam.

    Azam berkata dalam pertemuan dengan JPJ, pihaknya menyatakan mengenai kandungan dalam permit muatan adalah tidak sepadan dengan nisbah kayu kerana berat bahan berkenaan adalah subjektif.

    Selain itu, pihak persatuan memohon agar nilai Berat Dengan Muatan (BDM) bagi sesebuah lori dinaikkan kerana isipadu barangan tidak sepadan dengan BDM yang dibenarkan.

    Di Terengganu, polis sedang menyiasat dalang yang melakukan ugutan ke atas pemandu lori supaya menyertai mogok dan tidak menjalankan operasi seperti biasa.

    Ketua Polis Terengganu Mazli Mazlan berkata pihaknya menerima maklumat bahawa terdapat ketua atau ‘samseng’ lori mengugut untuk melakukan sabotaj atau kerosakan sekiranya ada pemandu yang tidak menyertai mogok.

    Mazli berkata dia percaya mogok pemandu lori yang diadakan di beberapa Negeri termasuk Terengganu berpunca daripada pemandu yang melanggar undang-undang dan peraturan.

    Di Pahang, Ketua Polis Negeri Yahaya Othman berkata tiada kertas siasatan dibuka berhubung perhimpunan di Indera Mahkota, Kuantan, Selasa lepas.

    “Ia berlaku secara aman tanpa provokasi dan hanya melibatkan serahan memorandum kepada pihak berkaitan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Pemandu dan pengusaha lori mengadakan mogok tersebut bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan JPJ yang menyita berpuluh lori lebih muatan dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang dijalankan jabatan itu.

    ALSO READ:  Pelangai assemblyman Johari Harun to be laid to rest today

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts