Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemandu peribadi didakwa kelar tangan anak tiri, paksa minum air kencing

    Pemandu peribadi didakwa kelar tangan anak tiri, paksa minum air kencing

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pemandu peribadi hari ini menghadapi dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana mengelar tangan anak tirinya dan memaksa anak tirinya minum air kencing.

    R.Segaran, 38 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

    Beliau didakwa mengelar tangan anak tirinya yang berusia 14 tahun di sebuah rumah flat di Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 5 pagi 15 Disember yang lalu, dan memaksa anak tirinya yang berusia 10 tahun minum air kencing melalui botol pada 7 pagi hari berikutnya di tempat yang sama.

    Bagi kedua-dua kesalahan tersebut, Segaran didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman tidak menawarkan sebarang jaminan kerana bimbang dengan keselamatan kedua-dua mangsa jika tertuduh, yang tidak diwakili peguam, dibebaskan dengan ikat jamin.

    Mahkamah menetapkan 28 Februari untuk sebutan kes tersebut.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts