Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemandu treler rempuh 14 kenderaan dihadapkan ke mahkamah

    Pemandu treler rempuh 14 kenderaan dihadapkan ke mahkamah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pemandu lori treler yang terlibat dalam kemalangan merempuh 14 kenderaan lain di KM5.8 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong pada 20 Sept lepas sehingga menyebabkan dua penunggang motosikal maut, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini.

    Muhammad Izzatul Shafik Mozahari, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aima Nabila Muhammad Azhar.

    Dia didakwa memandu secara merbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian Faris Haziq Abu Bakar, 25, dan Yuswar Mohd Uyus, 39, di KM 5.8 Jalan Persiaran Utara di sini, pada 10.14 pagi 20 Sept lepas.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman penjara antara lima tahun hingga 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 jika disabitkan kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Amalina Abu Hanifah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Wan Nurul Amalina memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 berserta seorang penjamin namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

    Mahkamah menetapkan 25 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

    Pada Rabu lepas, dua penunggang motosikal maut dan tujuh cedera apabila sebuah treler muatan batu pasir merempuh kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan di laluan terbabit termasuk sebuah motosikal polis trafik.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts