Pembangkang tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan usaha menumbangkan kerajaan pusat sedia ada dengan memulakan undi tidak percaya di Parlimen, kata Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, kata perdana Menteri, mereka hanya terus memainkan propaganda untuk menipu penyokong mereka.
“Sudah lama kita tunggu (undi tidak percaya), setahun dah, hari-hari kita tunggu tetapi tiada. Jadi, saya tidak mahu fikir lagi soal itu, saya tidak fikir mereka ada kekuatan untuk bawa (usul undi tidak percaya ke Parlimen).
“Itu tidak lain hanyalah propaganda untuk menipu penyokong-penyokong dia supaya jangan hilang semangat.
“Saya berbeza pendapat, tak mampu hilang semangat. Kalau tak boleh cuba bawa perubahan, dia harus bekerja untuk rakyat kerana akhirnya rakyat yang akan pilih,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), dekat Iskandar Puteri hari ini.
[Berita penuh menyusul]