Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Pembangunan hartanah di Kelantan perlu bersandar konsep Islamik'

    ‘Pembangunan hartanah di Kelantan perlu bersandar konsep Islamik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pembinaan rumah di Kelantan perlu berkonsepkan ciri Islamik dan perkara itu perlu dijadikan sandaran utama bagi projek perumahan yang dibangunkan di Negeri ini, kata Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

    Mohd Amar berkata konsep itu tidak hanya diukur berdasarkan bentuk fizikalnya semata-mata, tapi perlu mengambil kira dan memahami asas Islam dalam pembinaannya.

    “Antaranya termasuk pembinaan rumah mengikut arah kiblat, ruang tandas yang tidak terlalu sempit, pembahagian ruang yang menjaga aurat dan privasi keluarga pemilik dan sekurang-kurangnya mempunyai tiga bilik.

    “Begitu juga pembinaan masjid, kita sarankan dibina di tengah-tengah bukan di hujung atau penjuru kawasan perumahan, bagi memudahkan penghuni hadir menunaikan solat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Taman Kota Jembal Fasa 4 dan Mesra Aidilfitri di Kota Bharu hari ini.

    Mohd Amar berkata walaupun ia bukan menjadi syarat dan dasar wajib, tetapi konsep dan idea asal kediaman bercirikan Islamik perlu diterapkan dalam pembangunan hartanah di Negeri itu, terutama projek yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

    Taman Kota Jembal dibangunkan melalui tujuh fasa di atas tanah seluas kira-kira 13 hektar membabitkan pembinaan 241 unit kediaman teres dan banglo yang masing-masing dijual pada harga RM258,000 dan RM340,800.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts