Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 3, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPembantu Kor Ming dinamakan calon PH di KKB

    Pembantu Kor Ming dinamakan calon PH di KKB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pembantu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Pang Sock Toa diumum sebagai calon PH pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

    Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke di pusat khidmat wakil rakyat itu di Taman Gamelan, Kuala Kubu Bharu, malam ini.

    Loke berkata Pang yang berumur 31 tahun dan berasal dari Ampang, Selangor itu disenarai pendek daripada beberapa calon wanita.

    Pang sebelum ini pernah bertugas sebagai penerbit Ubah TV, saluran video milik DAP.

    Pencalonan Pang dilaporkan oleh Malaysiakini awal hari ini, dengan memetik sumber dari PH.

    Semalam, Pengarah PRK PH, Ng Sze Han berkata 10 nama disenarai pendek dan diputuskan dalam mesyuarat pimpinan tertingginya malam tadi.

    Dia berkata daripada 10 individu yang disenarai pendek, terdapat calon daripada kaum Melayu, Cina dan India.

    PRK Kuala Kubu Bharu diadakan berikutan kematian Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi, manakala Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.

    PRK itu adalah yang ketujuh sejak pilihan raya umum ke-15 selepas kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Ogos tahun lalu, kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram (September), kerusi DUN Pelangai (Oktober), kerusi DUN Jepak (November), dan Parlimen Kemaman (Disember).


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts