Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemberian khas hasil persekutuan pada Sabah, S'wak dimuktamad dalam setahun

    Pemberian khas hasil persekutuan pada Sabah, S’wak dimuktamad dalam setahun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah bersetuju menetapkan tempoh satu tahun untuk memuktamadkan formula pemberian khas hasil Persekutuan kepada kerajaan negeri di Borneo seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Anggota Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Datuk Ewon Benedick berkata perbincangan dalam Kabinet telah memperakukan beberapa pelaksanaan MA63 serta perbincangan susulan bagi memuktamadkan perkara lain yang berkaitan.

    “Antaranya pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membolehkan wakil kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dilantik sebagai Ahli Lembaga dan seterusnya mempunyai akses kepada jenis-jenis hasil Persekutuan dan jumlah pungutan hasil daripada Sabah,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan ulang tahun Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) ke-29 di Dewan Kampung Biau di Papar hari ini. Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata pindaan itu akan dibentangkan semula dalam sesi Parlimen akan datang sebelum diluluskan bagi membolehkan wakil Sabah dan Sarawak dilantik secara rasmi.

    RUU berkenaan dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 8 Jun lepas dan bacaan kali kedua yang sepatutnya diluluskan Dewan Rakyat pada 15 Jun ditangguhkan ke persidangan akan datang. Ahli Parlimen Penampang itu berkata satu warta baharu juga yang akan dikeluarkan tahun ini berhubung pemberian khas kepada Sabah yang akan membatalkan warta tahun lepas.

    “Saya menggalas amanah dan tanggungjawab ini sebagai anggota Kabinet kerajaan Perpaduan, sebagai Presiden UPKO dan sebagai wakil rakyat dari Sabah.

    “Saya mengambil bahagian dalam perundingan dan perbincangan sesuai dengan perjuangan selama ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts