Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPembinaan LCS sambung semula bulan depan - Panglima TLDM

    Pembinaan LCS sambung semula bulan depan – Panglima TLDM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dijangka disambung semula mulai bulan depan, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob. Beliau berkata pembinaan itu diteruskan selepas kontrak tambahan keenam projek tersebut ditandatangani pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Langkawi, Mei lepas. “Lima kapal LCS akan diserahkan kepada TLDM secara berperingkat dengan kapal pertama dijangka diserahkan pada penghujung 2026,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penutup Eksesais Angkasa dan Samudara (Eksesais ANGSA) Siri 14/23 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar dekat Kota Kinabalu hari ini.

    Mengenai projek Kapal Misi Pesisir (LMS), Abdul Rahman berkata ia masih lagi di peringkat mengenal pasti pembina sesuai untuk melaksanakan pembinaan projek itu berdasarkan spesifikasi ditetapkan TLDM. “Peruntukan telah diberikan, kita mengharapkan kontrak tersebut dapat dimeterai selewat-lewatnya pada tahun ini dan pembinaan dapat dimulakan pada tahun depan dengan jangkaan 36 bulan untuk disiapkan,” katanya.

    Sementara itu, Abdul Rahman berkata Eksesais ANGSA yang menggabungkan TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), bermula sejak 28 Julai lepas melibatkan seramai 2,562 anggota yang turut merangkumi Tentera Darat Malaysia sebagai elemen sokongan dan pemerhati. Beliau berkata objektif eksesais itu antara lain untuk menilai saling boleh kendali TLDM dan TUDM khususnya dalam aspek 3P iaitu People, Process, Platform dengan penglibatan aset milik kedua-dua perkhidmatan.

    “Ekesais ini signifikan dalam memastikan kedua-dua perkhidmatan mampu beroperasi sebagai sebuah angkatan tugas yang lebih serba boleh dan efisien di zon maritim Malaysia,” katanya.

    Sementara itu, Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata TUDM telah menandatangani kontrak pembelian pesawat peronda maritim baharu ATR 72 yang dijangka masuk dalam inventori TUDM mulai 2026, selain kontrak pembelian fasa pertama tiga unit sistem udara tanpa pemandu (UAS) buatan Turki.

    ALSO READ:  PM: Tadbir urus lebih tegas, pantas pada tahun kedua pentadbiran

    Terdahulu, Mohd Asghar Khan ketika berucap pada majlis itu berkata selain meningkatkan tahap kesiagaan dan saling khidmat antara TUDM dan TLDM, Eksesais ANGSA kali ini adalah pemacu kepada penambahbaikan taktik, teknik serta prosedur antara kedua-dua perkhidmatan di peringkat operasional dan taktikal. “Harapan saya usaha peningkatan elemen kebersamaan ini akan terus dipertingkatkan lagi di masa hadapan bagi membentuk sebuah angkatan tugas yang lebih matang dan diyakini dalam pelaksanaan operasi domain maritim secara kolektif,” katanya. – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts