Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPembunuh pelajar bebas selepas 26 tahun di penjara

    Pembunuh pelajar bebas selepas 26 tahun di penjara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pembunuh yang disabitkan kesalahan membunuh seorang pelajar, melakukan seks dengan mayat itu yang kemudian dipenggal kepalanya, John Nyumbei dibebaskan susulan keputusan semakan semula hukuman penjara seumur hidup oleh panel Mahkamah Persekutuan.

    Menurut portal Free Malaysia Today, panel tiga hakim semalam bersetuju mengurangkan hukuman penjara sepanjang hayat lelaki itu kepada maksimum 40 tahun.

    Susulan semakan hukuman itu, John, 57, dibebaskan hari ini. Ini memandangkan dia telah dipenjarakan sejak ditangkap pada 18 Mac 1993, dan telah menjalani satu pertiga daripada jumlah tempoh penjara iaitu selama 26 tahun.

    John memfailkan semakan semula hukumannya di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) yang digubal di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim.

    Undang-undang itu yang berkuat kuasa pada 12 September tahun ini, membolehkan 1,020 banduan yang dijatuhkan hukum mati atau menjalani hukuman penjara seumur hidup memohon semakan dalam tempoh 90 hari.

    Permohonan boleh dikemukakan melalui peguam sendiri, peguam yang dilantik oleh mahkamah, atau dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

    Pada 14 Nov, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said berkata 861 permohonan telah diterima daripada banduan yang dihukum mati dan 112 daripada mereka yang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

    Sehingga 9 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah menerima 861 permohonan daripada banduan hukuman mati dan 117 permohonan daripada banduan yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

    Mengikut fakta kes, John dijatuhkan hukuman mati pada 4 April 1997 kerana kesalahan membunuh Jong Liu Chin, 18, pada 16 Mac 1993 di Sebuku, Bau.

    Bertindak atas maklumat, anggota polis menemui mayat tanpa kepala dengan pakaian seragam sekolah biru, dengan tanda nama masih tersemat.

    ALSO READ:  Rugby-RFU, Premiership, players' union reveal partnership plan

    John kemudiannya ditahan dan ini membawa kepada penemuan sebilah pisau.

    Siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penemuan tengkorak manusia yang kemudian disahkan sebagai tengkorak si mati. Ketika bicara, pakar patologi forensik memaklumkan berlaku hubungan seksual berdasarkan keberadaan sperma dalam kuantiti yang banyak.

    Pada perbicaraan itu, John gagal meyakinkan mahkamah bahawa dia dalam keadaan tidak waras. Dia akhirnya mengaku membunuh pelajar itu dan mengadakan hubungan seks dengan mayat tersebut.

    Sidang Mahkamah Persekutuan yang membenarkan semakan John terdiri daripada hakim Zabariah Yusof, Rodzariah Bujang, dan Abdul Karim Abdul Jalil.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts