Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemerolehan Covid-19: PAC beri KKM tempoh dua bulan

    Pemerolehan Covid-19: PAC beri KKM tempoh dua bulan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh dua bulan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyatakan respon mereka terhadap lima cadangan yang dikemukakan baru-baru ini.

    Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berkata surat berkaitan akan dihantar kepada KKM sebelum diikuti dengan laporan lanjut mengenai isu pemerolehan kerajaan semsa kemuncak pandemik Covid-19 dikeluarkan.

    “Selepas mengadakan prosiding maklum balas, kami akan membentangkan laporan tindakan susulan berhubung isu ini yang mengandungi maklum balas KKM terhadap syor PAC di parlimen,” katanya pada sidang media bersama anggota lain badan itu di parlimen hari ini.

    Pada 30 Okt lalu PAC mengeluarkan laporan yang antara lain menyorot mengenai kejanggalan dalam urusan pemerolehan lebih 130 mesin ventilator melalui sebuat syarikat tempatan.

    Urusan tersebut, kata PAC, dijalankan tanpa sebarang perjanjian atau kontrak, malah ada komunikasinya dilangsungkan melalui WhatsApp saja.

    Sebanyak 104 daripada 136 mesin yang dipesan itu didapati rosak dan tidak boleh digunakan.

    PAC juga mendedahkan kerajaan mengalami kerugian RM505 juta akibat menerima kira-kira 8.5 juta vaksin Covid-19 yang telah tamat tempoh.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts