Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemilihan MCA: Wee dicabar bekas ahli jawatankuasa pusat

    Pemilihan MCA: Wee dicabar bekas ahli jawatankuasa pusat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang bekas anggota Jawatankuasa Pusat MCA telah dicalonkan untuk mencabar Wee Ka Siong bagi jawatan presiden parti tersebut dalam pengundian kali ini.

    Mengumumkan persaingan tersebut hari ini, jawatankuasa pengundian parti berkata Wee akan mempertahankan jawatan presiden dan berdepan dengan cabaran daripada Tan Chong Seng.

    Berbanding Wee yang pernah menjadi Menteri, Tan kurang dikenali. Selain pernah menjadi anggota tertinggi MCA, Tan juga merupakan bekas ketua parti itu untuk kawasan Kuala Selangor.

    Wee pula telah menjadi presiden MCA sejak 2018 dan dilihat berpeluang besar untuk mengekalkan jawatannya buat penggal kedua apabila pengundian dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 September ini.

    Sepatutnya mandat Wee sebagai presiden akan berakhir pada 2021, tetapi pada 2019 parti tersebut telah meminda perlembagaannya bagi membenarkan pengundian dijalankan enam bulan selepas sesuatu Pilihan Raya Umum berlangsung.

    Mah Hang Soon

    Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Timbalan Presiden MCA Mah Hang Soon telah berjaya mengekalkan jawatannya tanpa bertanding.

    Menurut jawatankuasa pengundian MCA, tiada sebarang nama dikemukakan untuk menantang Mah selepas waktu pencalonan berakhir.

    Persaingan untuk mengisi empat jawatan naib presiden juga menarik apabila tujuh nama telah didaftarkan untuk bertanding.

    Empat naib presiden yang bertanding untuk mempertahankan jawatan masing-masing adalah Ahli Parlimen Tanjung Piai, Wee Jeck Seng; senator Ti Lian Ker; Tan Teik Cheng; dan Lim Ban Hong.

    Tiga nama lain yang mencuba mencabar pula ialah Pamela Yong; Lawrence Low Ah Keong, dan Nicole Wong Siaw Ting.

    Yong merupakan Ketua Wanita MCA Sabah, manakala Low ketika ini berkhidmat sebagai bendahari agung parti tersebut.

    Wong pula telah dipilih menjadi ketua Pemuda MCA dalam pengundian yang lalu.

    ALSO READ:  GLOBAL | Beraya awal: Kiai perjelas 'telefon' tuhan hanya istilah

    [Baca berita penuh]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts