Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemilik dashcam diminta jadi saksi kes kemalangan, samseng jalan raya

    Pemilik dashcam diminta jadi saksi kes kemalangan, samseng jalan raya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis mengalu-alukan pemilik kamera papan pemuka atau ‘dashcam’ untuk menjadi saksi bagi setiap kes kemalangan atau samseng jalan raya bagi membantu kelancaran Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina ini.

    Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kerjasama tersebut akan memudahkan siasatan pihak polis terhadap setiap laporan kemalangan yang diterima sepanjang operasi tersebut dilaksanakan.

    “Dengan pendekatan ini semua pemilik dashcam akan menjadi mata-mata awam kepada semua agensi penguatkuasaan,” katanya di sini hari ini.

    Terdahulu, beliau memaklumkan seorang lelaki tempatan yang memandu secara berbahaya di jambatan berdekatan Taman Alam Perdana, Jalan Air Putih, di Chukai, Terengganu seperti dalam sebuah rakaman video dashcam yang tular telah ditahan pihaknya pada 12 tengah hari tadi.

    Beliau berkata rakaman tersebut membantu siasatan polis mendapatkan waktu kejadian yang tepat, iaitu pada 8.15 pagi, 8 Feb lepas.

    “Suspek berusia lingkungan 30-an kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Permohonan reman akan dibuat pada esok dan ujian air kencing sedang dijalankan pihak polis,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts