Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 pada kenderaan asing

    Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 pada kenderaan asing

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Thailand, tiga bulan lepas.

    Hakim Nor Rajiah Mat Zin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

    Mohammad Naziruddin didakwa sebagai pemegang lesen runcit barang kawalan berjadual iaitu petrol dan diesel, gagal mematuhi arahan pengawal bekalan dengan menjual petrol RON95 sebanyak 48.78 liter kepada kenderaan berkenaan, yang melanggar Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

    Kesalahan itu dilakukan di sebuah stesen minyak di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya Utara-Selatan (Arah Utara) di Rawang, Selangor pada 9.16 pagi, 1 Jan lepas.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Peraturan 21(1) Peraturan-Peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan untuk kesalahan kedua atau seterusnya boleh didenda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor Siti Fatimah Hannah Abd Wahab dan Pegawai Pendakwa KPDN Nor Wahidah Muhammad manakala Mohammad Naziruddin diwakili peguam Muhammad Syahmi Akif Jamili.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts