Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemimpin DAP diseru promosi pencapaian diplomatik 'luar biasa' PM

    Pemimpin DAP diseru promosi pencapaian diplomatik ‘luar biasa’ PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menggesa pemimpin dan wakil rakyat parti itu untuk mempergiat usaha mempromosikan pencapaian diplomatik “luar biasa” Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Loke berkata demikian di tengah kritikan terhadap Anwar berkaitan kekerapannya ke luar negara sepanjang tahun pertama mentadbir negara.

    “Saya berpesan kepada semua pemimpin DAP, wakil rakyat, pemimpin akar umbi, wakil DUN, ahli parlimen dan ahli majlis (PBT), sama ada mereka menghadiri acara persatuan atau kuil, menekankan perkara ini berulang kali kerana ia mencerminkan kejayaan dasar luar Malaysia,” kata Loke di konvensyen DAP Johor hari ini.

    Menurut Loke, antara pencapaian Anwar adalah persetujuan China untuk membenarkan pelancong Malaysia ke negara tersebut tanpa visa.

    Malaysia antara enam negara yang diberikan kebenaran tersebut. Lima lagi negara adalah Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali dan Belanda.

    Pemberian masuk tanpa visa ini akan menjalani fasa percubaan mulai 1 Disember hingga akhir November tahun depan dan sah selama 15 hari bagi tujuan perniagan, pelancongan, melawat keluarga dan rakan, serta transit.

    Malaysia pula memberikan kelonggaran masuk tanpa visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India sempena ulang tahun ke-50 kerjasama strategik antara Malaysia dan China pada tahun depan.

    Dalam ucapannya, Loke mengakui bahawa Anwar merupakan antara perdana Menteri paling kerap membuat lawatan ke luar negara.

    Bagaimanapun, dia berkata lawatan tersebut kebiasaannya singkat dan tidak menjejaskan pentadbiran negara.

    “Dia pergi ke China hanya sehari, atau 24 jam, dan kemudian dia kembali. Tetapi dia banyak melakukan perjalanan, lebih dari sepuluh kali dalam hanya 12 bulan, mungkin melawat lebih dari 20 negara.

    “Setiap kali dia ke luar negara, dia mungkin hanya meluangkan satu hari, bahkan bila ke Amerika Syarikat, dia akan kembali dalam tiga atau empat hari,” katanya.

    ALSO READ:  Pesara kerugian RM485,000 ditipu phone scam

    “Oleh itu, kekerapannya ke luar negara tidak bermakna dia tidak memberi tumpuan kepada urusan dalam Negeri,” katanya.

    Loke berkata pencapaian Anwar itu disebabkan kemahirannya dalam diplomasi serta karisma yang dimilikinya di peringkat antarabangsa.

    Katanya, ia berbeza dengan bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang didakwanya telah menyinggung China dan India pada 2018.

    Loke juga membangkitkan hubungan antara Malaysia dan Singapura yang semakin erat di bawah kepemimpinan Anwar.

    Menurutnya, daripada 26 juta pelancong yang datang ke Malaysia pada tahun ini, hampir separuh daripadanya adalah warga Singapura dengan ramai di kalangannya yang ke Johor Bahru untuk membeli-belah.

    “Jadi, tahun ini pasaran Johor adalah baik dan tahun depan akan menjadi lebih baik kerana bukan hanya Singapura, kita juga menyediakan kebenaran masuk tanpa visa untuk pelancong China, termasuk mereka yang tinggal di Singapura yang merupakan warga China,” katanya lagi.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts