Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemimpin k'jaan, pembangkang ucap takziah pada keluarga Nor Zamri

    Pemimpin k'jaan, pembangkang ucap takziah pada keluarga Nor Zamri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemimpin kerajaan dan pembangkang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff yang meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ), tengah hari tadi.

    Antara pemimpin yang menzahirkan ucapan takziah adalah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang juga merupakan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Seri Mohamad Sabu.

    “Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham,” katanya.

    Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut berkongsi rasa dukacitanya atas pemergian arwah Nor Zamri.

    “Ucapan takziah buat seluruh kaum keluarga Allahyarham atas pemergiannya. Semoga diberi ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” tulisnya.

    Sementara itu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang turut merakamkan ucapan takziah atas pemergian ahli parti berkenaan.

    “Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga YB Nor Zamri bin Latiff, ADUN Sungai Bakap yang telah meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) HSJ, Pulau Pinang.

    “Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya.

    Turut menzahirkan ucapan takziah adalah Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat masyarakat di Sungai Bakap.

    “Sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada masyarakat sepanjang hayatnya pasti akan dikenang sampai bila-bila. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya.

    Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga ADUN Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan arwah sebagai seorang sahabat yang disanjungi selain merupakan pemimpin yang tenang dan sabar.

    “Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga, saudara-mara serta kenalan Allahyarham atas pemergian ini.

    ALSO READ:  Dr M tak sihat, bicara kes saman pada Zahid ditangguhkan

    “Saya mohon marilah kita panjatkan ke hadrat Yang Maha Esa doa buat mereka semua. Semoga Allahyarham tenang bersemadi di taman syurga dan roh mereka ditempatkan bersama para mukminin solihin dan sentiasa berada dalam dakapan maghfirah Allah SWT jua,” katanya,

    Nor Zamri meninggal dunia pada 1.38 tengah hari tadi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSJ kerana mengalami keradangan dalam perut dan menerima rawatan di situ sejak awal bulan ini.

    Allahyarham meninggalkan isteri Musalmah Yusop dan enam anak.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts