Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Pemimpin PN macam Abu Jahal, hasut peneroka lupa jasa BN'

    ‘Pemimpin PN macam Abu Jahal, hasut peneroka lupa jasa BN’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang menghasut peneroka Felda supaya melupakan jasa Umno dan BN umpama peranangai ‘Abu Jahal’, kata Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub.

    Katanya, kenyataan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari bahawa sekarang bukan masa untuk mengenang jasa Umno-BN adalah cukup tidak bertanggungjawab.

    “Kenyataan Ketua Pemuda PN yang menyeru peneroka Felda di DUN Pelangai supaya tidak mengenang jasa Umno-BN kepada mereka adalah kenyataan menghasut dan tidak Islamik dan mengajar peneroka supaya tidak bersyukur dengan nikmat Allah.

    “Hanya pemimpin yang berperanangai Abu Jahal sahaja yang menyeru umat supaya tidak tahu bersyukur dan kufur kepada nikmat Allah,” katanya pada satu kenyataan di Bentong, hari ini.

    Tambahnya, dalam al-Quran Allah dengan jelas memberi peringatan kepada manusia supaya bersyukur dengan nikmat tuhan.

    “Sekiranya kamu wahai manusia tahu bersyukur di atas nikmat Allah, maka akan Allah tambahkan lagi nikmat itu.

    “Tetapi sekiranya kamu kufur ingkar terhadap nikmat Allah, maka ketahuilah azab Allah amat pedih,” katanya lagi.

    Malam kelmarin, Ahmad Fadhli ketika ceramah di Simpang Pelangai berkata peneroka Felda di kawasan itu harus ingat bahawa ini bukan lagi masa untuk membalas budi Umno, BN.

    Sebaliknya Ahli Parlimen PAS itu berkata, teori penyelesaian masalah hutang peneroka Felda datangnya daripada Muhyiddin Yassin sewaktu menjadi perdana Menteri.

    “Kita tahu bagaimana jasa Muhyiddin sebagai perdana Menteri Malaysia mewakili PN dari 2020 hingga 2021 yang mengemukakan teori penyelesaian hutang yang ditanggung oleh peneroka Felda.

    “Dan ini perkara yang tidak boleh dinafikan walaupun tahu perdana Menteri PMX hadir dengan pelbagai teorinya bahawa dialah yang menyelesaikan masalah, dia lah yang mengemukakan penyelesaian, tetapi tuan-tuan pun tahu perkara yang tidak boleh dinafikan memberi penyelesaian kepada masalah (Felda ialah) Muhyiddin.

    ALSO READ:  Bersatu gerakkan 'apa saja cara' pastikan 6 kerusi parlimen dikosongkan

    “Sekarang ini bukan lagi zaman untuk terhutang budi dengan Umno, BN.

    “Saya tahu saya faham tuan-tuan yang ada di Felda khususnya saluran satu dan saluran dua rasa terhutang budi dengan Umno, BN. Kita rasa nak bayar balik jasa mereka,” kata Ahmad Fadhli.

    Mengulas lanjut, Mustapha berkata taktik itu digunakan PN selepas PAS gagal “menjual Islam” dalam kempennya di Pelangai.

    “Tindakan pemimpin PAS seperti itu jelas mengajar peneroka supaya menjadi orang yang tidak bersyukur dan tidak mengenang budi.

    “Mereka juga cuba mengalih taktik kempen setelah gagal menjual Islam dan syurga kepada peneroka dengan mengundi PAS,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts