Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPeminjam Hijrah Selangor tak bayar pinjaman cecah RM135 juta

    Peminjam Hijrah Selangor tak bayar pinjaman cecah RM135 juta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor memberitahu hari ini bahawa lebih 15,000 peminjam atau 22 peratus daripada keseluruhan peminjam program Hijrah Selangor tidak membayar pinjaman dengan nilai tunggakan mencecah RM135 juta.

    Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Najwan Halimi berkata program itu telah menyalurkan pinjaman kepada seramai 58,885 orang dengan pembiayaan dikeluarkan berjumlah RM780 juta.

    “Setakat ini, 78 peratus telah membayar balik pinjaman dan bakinya 22 peratus peminjam masih berdegil,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Sijangkang) yang ingin mengetahui status terkini program Hijrah Selangor dan jumlah peminjam serta hutang tertunggak mengikut daerah.

    Najwan berkata setakat 30 September lepas, Petaling merekodkan jumlah tunggakan tertinggi iaitu RM37.8 juta diikuti Hulu Langat (RM25.7 juta) dan Gombak (RM18.2 juta).

    Beliau berkata kerajaan Negeri merancang untuk mengkaji semula beberapa sudut pembayaran dan mengenal pasti kelompongan dari segi kutipan.

    Sementara itu, Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim berkata kerajaan Selangor memperuntukkan hampir RM6 juta bagi memasang 790 lampu jalan solar diod pemancar cahaya (LED) di seluruh Negeri sejak tahun lepas.

    “Kriteria pengundian lokasi bagi pemasangan lampu solar tersebut adalah seperti tiada punca bekalan kuasa dan kawasan vandalisme atau tinggi kadar kecurian.

    “Pemasangan juga tertumpu kepada lokasi yang kerap berlaku kemalangan, simpang terpencil, jambatan dan luar kawasan rintis Tenaga Nasional Bhd,” katanya menjawab soalan Mariam Abdullah Rashid (PH-Meru).

    Menjawab soalan tambahan Sallehen Mukhyi (PN-Sabak) mengenai masalah ketiadaan lampu jalan, Izham menjelaskan kecurian kabel menjadi punca utama banyak lampu tidak bernyala.

    “Jenayah curi itu berlaku di semua tempat dengan pemasangan kabel tersebut mengambil tempoh masa yang lama. Masalah lampu jalan adalah menggunakan kabel, apabila kabel dicuri sebab itu banyak tiang namun lampu tiada.

    ALSO READ:  Aduan gaji tak dibayar, isu WFH banjiri aplikasi kementerian

    “Sebenarnya setiap jalan sudah ada lampu kerana ini termasuk dalam aspek pembinaan jalan raya. Jadi, hendak tampung lampu-lampu ini kita laksanakan Program Pencahayaan Lampu Jalan Jenis Solar LED di Selangor,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts