Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemuda Amanah juga mahu KK Mart naikkan kain rentang di semua cawangan

    Pemuda Amanah juga mahu KK Mart naikkan kain rentang di semua cawangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemuda Amanah bersama Pemuda Umno meminta kedai serbaneka KK Mart untuk menaikkan kain rentang permohonan maaf di kesemua 881 cawangannya.

    Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda menyatakan bahawa mereka masih tidak puas dengan penjelasan yang diberikan oleh KK Mart berhubung penjualan stoking yang mengandungi kalimah Allah yang menjadi kontroversi.

    “Pemuda Amanah tidak puas dengan penjelasan dari KK Mart…sekarang KK Mart, selepas ini tak tahu lagi. Pemuda Amanah mahukan tindakan lebih tegas dari KK Mart.

    “Kami sependapat dengan Pemuda Umno bahawa menaikkan kain rentang permohonan maaf di 881 premis KK Mart adalah langkah yang munasabah,” katanya dalam sidang media di Parlimen pada hari ini.

    Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Dr. Akmal Saleh – yang telah bersuara lantang berhubung perkara tersebut – telah menggesa KK Mart untuk menggantung kain rentang permohonan maaf di kesemua 881 premis perniagaan mereka.

    Akmal, yang juga Adun Merlimau, turut meminta pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.

    Pengasas KK Super Mart, KK Chai, telah membuat permohonan maaf berhubung isu tersebut, dan menjelaskan bahawa produk tersebut adalah ‘consignment’ dari vendor dan mereka telah menghubungi vendor tersebut untuk penjelasan lanjut.

    Pembekal stoking tersebut, Xin Jian Chang Sdn Bhd, juga telah memohon maaf berhubung isu tersebut dan mengakui bahawa mereka akan lebih berhati-hati dalam proses pengimportan produk dari luar negara.

    Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah, mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa pihak berkuasa masih menjalankan siasatan walaupun syarikat tersebut telah memohon maaf.

    Sementara itu, Mohd Hasbie mengatakan bahawa tidak mudah untuk menutup isu ini tanpa penjelasan yang memuaskan daripada pihak KK Mart.

    ALSO READ:  Tiada laporan terhadap Akmal berkait gambar pedang, kata IGP

    Beliau juga menyatakan penghargaan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail, yang turut memberikan pendapat dalam isu tersebut.

    “Selagi KK Mart tidak memberikan penjelasan yang jelas, tidak mudah untuk melepaskan…sampai kami mendapat keyakinan yang kukuh.

    “…Kami berharap isu ini tidak disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan perkauman,” tambah beliau.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts