Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemuda disyaki terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra

    Pemuda disyaki terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Satu lagi kes melibatkan jambatan di Kelantan berlaku, kali ini membabitkan seorang lelaki berusia 28 tahun yang disyaki terjun ke dalam sungai di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.

    Ketua Polis Derah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 10.48 pagi tadi.

    Menurutnya siasatan awal mendapati lelaki terbabit menunggang motosikal seorang diri dari arah Tumpat ke Kota Bharu sebelum berhenti di jambatan berkenaan.

    Dia kemudian disyaki terjun ke dalam Sungai Kelantan.

    “Bertindak atas aduan yang diterima, pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia diatur gerak ke lokasi kejadian.

    “Operasi mencari dan menyelamat sudah dimulakan,” katanya dalam kenyataan media petang ini.

    Beberapa bulan lalu kerajaan Kelantan mengadakan program solat hajat ekoran kebimbangan terhadap beberapa kes membabitkan penduduk Negeri itu terjun ke sungai.

    Solat hajat yang turut disertai Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud itu diadakan di Jambatan Tendong, Pasir Mas.

    Sebelum ini media melaporkan berbelas kes membabitkan kejadian terjun jambatan dipercayai sebagai cubaan membunuh diri direkodkan di Kelantan sejak 2021.

    JBPM Kelantan melaporkan jambatan yang paling kerap dijadikan lokasi terjun adalah Jambatan Sultan Yahya Petra yang mencatatkan sembilan kes, diikuti Jambatan Tendong (tiga kes), Jambatan Salor (dua), manakala masing-masing satu kes di Jambatan Wakaf King, Jambatan Tok Bali dan Jambatan Pak Nik Lah.

    Mengikut tahun pula, rekod JBPM Kelantan menunjukkan pada 2021 ada tiga kes terjun jambatan, tujuh kes pada 2022 dan enam kes pada 2023.

    Mohd Rosdi berkata, polis meminta orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dengan kejadian tersebut demi menghormati privasi keluarga yang terlibat.

    ALSO READ:  Fahmi: Malaysia mahu gencatan senjata kekal di Gaza

    Sekiranya anda berasa tertekan, mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri atau mengenali seseorang yang sedemikian, hubungi pihak di bawah untuk mendapatkan bantuan dan sokongan:

    * Pusat Kaunseling Agape Malaysia (03-77855955 atau 7781 0800)
    * The Befrienders (03-79568144 atau 03-79568145)
    * Life Line Association Malaysia (03-42657995)


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts