Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemuda hilang ketika mendaki sejak Sabtu ditemukan selamat

    Pemuda hilang ketika mendaki sejak Sabtu ditemukan selamat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pemuda yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas ketika mendaki di Bukit Hill Top Batu Kawan di Pulau Pinang ditemukan selamat pukul dua petang tadi.

    Muhammad Azfar Ismail, 29, dijumpai oleh nelayan tempatan di kawasan paya bakau dekat jeti nelayan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawan, kira-kira tiga kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Chong Boo Khim berkata ketika ditemukan, mangsa berada dalam keadaan keletihan dengan sedikit kesan calar di tangan dan telah dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk menerima rawatan.

    “Laporan kehilangan mangsa telah dibuat abangnya pada 19 Mei lepas yang memaklumkan adiknya telah mendaki di bukit Batu Kawan pada lima petang, 18 Mei.

    “Mangsa dikatakan sudah biasa mendaki bukit di situ, jadi bila dia tidak balik ke rumah, abangnya telah membuat laporan pada keesokannya,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

    Dia berkata operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan pada dua pagi hari sama oleh pasukan polis, namun gagal menjumpai sebarang kesan dan bukti di lokasi kejadian.

    Chong berkata operasi kemudian diteruskan dengan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung selain turut menggerakkan unit K9 bomba untuk mencari mangsa.

    Dia berkata punca mangsa hilang belum diketahui dan akan mengambil keterangan mangsa sebaik keadaannya stabil nanti.

    Terdahulu, penduduk kampung turut melakukan solat hajat bagi memohon dipermudah usaha mengesan lelaki itu.

    Bukit Hill Top Batu Kawan sering menjadi tumpuan pendaki untuk berjoging di situ pada sebelah petang terutama hujung minggu.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts