Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemuda PAS: Mereka 'lacurkan' keadilan demi kuasa

    Pemuda PAS: Mereka ‘lacurkan’ keadilan demi kuasa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan konsep keadilan yang dilaungkan Kerajaan Madani amat mengelirukan dan hanyalah retorik semata-mata.

    “Pelantikan seorang pemimpin dalam jawatan tertinggi pentadbiran negara yang mempunyai rekod 47 pertuduhan yang membabitkan kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram membuktikan kerajaan campuran PH dan BN sanggup menggadaikan prinsip demi kuasa.

    “Ditambah pula dengan episod layanan istimewa diberikan, dihentikan pendakwaan di saat prima facie telah berjaya dibuktikan.

    “(Ini) menunjukkan dengan jelas mereka sanggup ‘melacurkan’ prinsip keadilan demi kekal di puncak kuasa,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS yang ke-64 malam ini di IDCC Shah Alam.

    “Tak tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak kata,” kata Ahmad Fadhli memetik pantun dua kerat.

    Walaupun tidak menyebut nama namun kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, daripada semua 47 pertuduhan dihadapinya.

    Untuk rekod, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu, selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, untuk menghentikan prosiding kes berkenaan.

    Ahmad Zahid sebelum ini telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), sebagai asas pertimbangan supaya pertuduhan terhadapnya digugurkan.

    Surat representasi pertama dikemukakan pada Januari lepas, manakala yang terbaru, lengkap dengan fakta dan bukti baharu, dihantar kepada AGC pada Februari.

    Anwar Ibrahim menegaskan dia tidak campur tangan berhubung keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, daripada semua 47 pertuduhan dihadapinya.

    Perdana Menteri berkata peguam negara mempunyai kuasa sepenuhnya dalam mengendalikan kes tersebut.

    ALSO READ:  Pastikan Pelangai kekal kubu kuat BN - Mohamad

    Bagaimanapun, DNAA yang diberikan kepada Zahid – membuka kemungkinan bahawa presiden Umno didakwa semula pada masa hadapan jika pendakwa ingin mengkaji semula perkara tersebut – telah mencetuskan rasa tidak puas hati besar-besaran terhadap kerajaan, dengan beberapa pemimpin tertinggi pada mulanya bertindak balas dengan menjawap bahawa ini adalah “keputusan mahkamah”.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts