Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemuda PAS Selangor gesa tambah peruntukan guru Kafa

    Pemuda PAS Selangor gesa tambah peruntukan guru Kafa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemuda PAS Selangor meminta kerajaan Negeri menambah peruntukan untuk guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) bagi menyelesaikan isu kekurangan guru.

    Ketua pemudanya, Mohamed Sukri Omar berkata ketika ini pihak sekolah terpaksa membuat penggiliran menggunakan guru sedia ada bagi menggantikan jadual guru yang cuti bersalin.

    “Saya memohon perhatian Menteri Besar Selangor Amirudin Shari supaya menambah peruntukan pada JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) agar isu guru Kafa yang bersalin dapat digantikan oleh guru sementara.

    “Hakikatnya kini, sekolah perlu buat jadual waktu giliran menggunakan guru sedia ada. Jika mampu PIBG atau pengurusan sekolah buat lantikan guru dan bayar per jam atau hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Tahun lalu, Amirudin mengumumkan jumlah terkumpul Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Selangor mencecah RM3.71 bilion setakat 9 November 2023. Ia merupakan peningkatan sebanyak RM631.48 juta berbanding tahun 2022.

    Prestasi kewangan Selangor juga merekodkan lebihan kewangan sebanyak RM427.25 juta, lapor Selangorkini pada 10 Nov lalu.

    Mengulas lanjut, kata Sukri, tambahan rizab Negeri itu boleh diperuntukkan bagi tujuan membayar elaun guru ganti KAFA.

    Tambahnya, walaupun jumlah guru bersalin yang bercuti dalam satu sesi persekolahan tidak besar namun kebajikan guru agama mesti menjadi sebahagian daripada keutamaan kerajaan Negeri.

    Dia turut berharap agar JAIS menyemak semula perkara ini dan berbincang dengan kerajaan Negeri.

    “Beban guru KAFA sedia ada tidak bertambah dan sekolah tidak perlu bersusah payah mencari dana untuk guru ganti

    “Pendidikan agama tidak boleh lumpuh dan lemah di Negeri maju dan berpendapatan tinggi seperti di Selangor,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts