Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemuda PKR buat 13 laporan polis dakwaan SD untuk jatuhkan k'jaan

    Pemuda PKR buat 13 laporan polis dakwaan SD untuk jatuhkan k’jaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemuda PKR (AMK) telah membuat 13 laporan polis di peringkat Negeri berhubung dakwaan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan blogger Raja Petra Kamaruddin mengenai rancangan menjatuhkan kerajaan.

    Melalui kenyataan di Facebook semalam, AMK menyatakan bahawa laporan polis telah dibuat oleh kepimpinan pusat serta MK Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Kelantan, Perlis, Terengganu, Kedah, Melaka dan Sabah.

    “Tujuan laporan polis dilakukan adalah bagi menyiasat pendedahan Raja Petra yang mendakwa satu komplot sedang diusahakan dengan mengumpul akuan berkanun (SD), selain kenyataan Sanusi yang memperakui komplot itu.

    “Justeru, gesaan kepada pihak berkuasa supaya menyiasat gerakan yang jelas bertentangan dengan Seksyen 124B dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan dijalankan ke atas individu yang berkaitan.

    “Perdana Menteri sendiri berulang kali menyatakan dia terbuka untuk diuji (keabsahan) di Parlimen dan kita lihat sepanjang sesi perbahasan berlangsung (tahun lalu), tidak ada satu pun usul yang ditolak atau tidak diluluskan (sekiranya majoriti telah tiada),” menurut kenyataan tersebut.

    Sebelum ini, Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PAS mendakwa bahawa pihak pembangkang telah berjaya memperoleh SD yang mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan.

    Dakwaan serupa juga dibuat oleh Raja Petra, namun semakan mendapati dakwaan dan dokumen yang dipamerkan terdapat percanggahan yang menimbulkan persoalan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts