Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemuda PN gesa kerajaan pertimbang mansuh skim pencen

    Pemuda PN gesa kerajaan pertimbang mansuh skim pencen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemuda Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan agar mempertimbangkan semula keputusan untuk memansuhkan skim pencen bagi lantikan baru penjawat awam yang diambil secara tetap.

    Timbalan Ketua Pemuda PN Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata kerajaan harus mencari kaedah penyelesaian alternatif yang bukan saja menguntungkan rakyat, malah dapat membantu mengurangkan beban kewangan negara.

    “Keputusan semasa yang diputuskan oleh Kabinet untuk menamatkan skim pencen bagi kakitangan kerajaan baru yang diambil secara tetap memerlukan penilaian yang lebih teliti, dengan mengambil kira hak pencen yang jelas dinyatakan dalam Artikel 147 Perlembagaan Malaysia dan Akta Pencen 1980 (Akta 227).

    “Bahkan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri pernah menegaskan bahawa kerajaan persekutuan tidak akan menarik balik skim pencen, memandangkan peruntukannya yang jelas dalam Perlembagaan.

    “Keputusan ini harus dipertimbangkan kembali dengan melibatkan semua pihak yang terkait,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Tambah Wan Ahmad Fayhsal, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa membuat sesuatu keputusan besar yang boleh memberikan kesan jangka panjang kepada rakyat dan negara.

    Dia menggesa agar kajian yang lebih mendalam perlu dibuat terlebih dahulu.

    Cadangan untuk mengkaji semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) secara prinsipnya dipersetujui oleh Anwar.

    Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan akan dimuktamadkan oleh jemaah Menteri selepas mendengar pandangan pelbagai pihak dan kajian mendalam melibatkan pelbagai aspek Perlembagaan Persekutuan.

    Dia turut menambah bahawa kakitangan kerajaan dan ahli politik yang layak menerima skim pencen sedia ada tidak akan terkesan dengan cadangan mengkaji semula SSPA.

    Semalam, Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata kerajaan memperuntukkan sejumlah RM31 bilion untuk pembayaran pencen kepada pesara pada tahun ini dan angka itu dijangka meningkat ke RM120 bilion pada 2040.

    ALSO READ:  ‘Goldman Sachs cuba alih bayaran AS$250 juta, Malaysia akan bertindak balas’

    Amir turut menarik perhatian bahawa dari segi pengurusan kewangan negara, 48 peratus belanjawan negara disalurkan kepada emolumen dan pencen.

    “Jika dapat meringankan beban (kerajaan) yang ada, boleh salur kelebihan tu kepada bahagian lain yang penting untuk rakyat dan negara seperti pendidikan dan kemudahan infrastruktur yang lebih baik,” katanya.

    Katanya, kerajaan memahami perananan penting penjawat awam dalam pentadbiran negara, justeru, kerajaan komited menambah baik kebajikan penjawat awam.

    Ini termasuk bonus RM2,000 yang akan dibayar pada bulan depan, serta peruntukan RM2.4 bilion untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba.

    “Kerajaan juga akan memuktamadkan pelarasan gaji penjawat awam tahun ini selepas kajian SSPA.

    “Secara keseluruhan, kerajaan peka dan akan buat yang penting untuk kebaikan penjawat awam,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts