Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemuda Umno cadang pindah 'katak politik' ke luar dewan

    Pemuda Umno cadang pindah ‘katak politik’ ke luar dewan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh menegur tindakan tiga ahli parlimen Bersatu yang bertukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau mempersoalkan alasan di sebalik tindakan itu dan menganggapnya sama seperti amalan melompat parti sebelum ini.

    “Apa alasan sebenar untuk menukar tempat duduk? Duduklah di tempat yang sama dan sokong kerajaan dari situ.

    “Sebelum dan selepas akta antilompat parti diwujudkan, parlimen masih lagi ada ‘katak-katak’ politik.

    “Saya minta speaker untuk letakkan mereka di luar dewan, lebih baik saya rasa,” katanya sinis, ketika dihubungi Malaysiakini.

    Pada hari ini di Dewan Rakyat, tiga daripada empat ahli parlimen yang baru-baru ini beralih untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah dipindahkan tempat duduk di dalam Dewan Rakyat.

    Mereka kini duduk di belakang kerusi Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Untuk rekod, Muda sebelum ini menarik balik sokongan kepada kerajaan pada bulan September.

    “Tiga ahli parlimen Bersatu dipindahkan ke belakang YB Muar,” kata Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan dalam catatan di X. Dia turut melampirkan gambar plak nama ahli parlimen berkenaan iaitu dari Labuan, Jeli dan Gua Musang.

    Bersatu sebelum ini menggantung Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Dzulkarnain Abdul Khalid.

    Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik pula kini dirujuk kepada Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu.

    Tindakan ke atas keempat-empat mereka hadir selepas menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai perdana Menteri.

    Kesemua mereka berkata mereka membuat keputusan itu demi kepentingan dan kebajikan pengundi di kawasan masing-masing.

    Isu Peruntukan

    Menurut Akmal, dia konsisten dengan pendiriannya yang menganggap tindakan empat ahli parlimen berkenaan sama seperti tindakan melompat parti serta ketiadaan peruntukan hanya digunakan sebagai alasan semata-mata.

    ALSO READ:  Tiada kemelut, lantikan JPKK bawah kementerian saya - Zahid

    “Isunya adalah sama ada mereka ini mahu buat kerja atau tidak kerana peruntukan untuk pembangunan tetap boleh mohon seperti biasa.

    “Jika ada isu setempat, yang memerlukan (peruntukan) pembangunan boleh panggil pihak yang terlibat seperti wakil rakyat, agensi-agensi kerajaan atau jumpa Menteri minta bantuan.

    “Yang tidak ada, peruntukan ahli parlimen dan dua (ahli parlimen) yang tukar sokongan itu dari Kelantan, yang mana kerajaan Negeri di bawah pentadbiran pihak pembangkang, jadi, alasan nyata sokongan sebab tak dapat peruntukan itu tidak masuk akal,” katanya.

    Dia menegaskan isu yang berlaku ini hanyalah demi kepentingan diri dan bukanlah untuk memperjuangkan rakyat.

    Akmal turut menyorot ahli parlimen PAS yang tidak menyatakan sokongan kepada kerajaan sekalipun tidak menerima peruntukan untuk ahli parlimen.

    “Ahli pembangkang lain okey saja, kenapa mereka pulak yang tak okey? Tidak ada pun isu nak lompat parti bila tiada peruntukan, jadi, tak perlu guna alasan bila ahli parlimen tidak pandai buat kerja,” katanya lagi.

    Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul sebelum ini berkata dia telah menerima surat daripada keempat-empat ahli parlimen berkenaan yang memohon untuk menukar tempat duduk mereka di Dewan Rakyat.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts