Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemuda Umno: Jangan buat main hukum halal, haram ini

    Pemuda Umno: Jangan buat main hukum halal, haram ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pengerusi PN Muhyiddin Yassin diingatkan agar tidak mempermainkan soal hukum halal haram dalam kempen pilihanraya supaya pengundi menolak calon PH. Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata ini kerana setiap kenyataan dan ucapan yang keluar dari Muhyiddin yang juga bekas perdana Menteri akan memberi kesan terhadap pemikiran rakyat. “Hukum dah jatuh halal, haram ini bagi saya perkara yang tak boleh dibiarkan sebab bila jatuh haram ini fatwa. “Dia (Muhyiddin) ini pemimpin, ada yang cakap ia sekadar cakap-cakap tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin ini pemimpin dan mantan perdana Menteri, jadi sudah tentulah rakyat akan terkesan dengan setiap bait-bait kata yang dikeluarkan oleh pemimpin.

    Muhyiddin berkata pengundi perlu menolak Suhaizan bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi terhadap Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Presiden Bersatu itu berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana PN di Kempas, Johor Bahru malam tadi yang turut dihadiri Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, Presiden Gerakan Dominic Lau Hoe Chai, Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali dan calon PN Zulkifli Jaafar. “Jangan bagi satu undi pun pada pihak Suhaizan Kaiat (calon PH di Parlimen Pulai), bekas Speaker (DUN Johor). Jangan bagi satu undi pun. “Saya bagi hukum haram. Ada yang esok mencabar saya berhubung hal ini, tanya ikut fatwa mana. “Namun tak boleh (undi) kerana situasi yang sudah berlaku sekarang, sudah sembilan bulan berlalu ujian (bagi rakyat) macam soal kenaikan harga barang,” kata Muhyiddin seperti dipetik laporan Berita Harian.

    Mengulas lanjut, Akmal berkata tindakan Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh itu tidak boleh dibiarkan. “Saya faham di waktu pilihan raya ini semua nak menang, kita nak berbeza pendapat dan ideologi ini tiada masalah tetapi jangan menggunakan sentimen menghukum. “Jadi saya mintalah sepanjang kita berkempen ini kita boleh berbeza pendapat, kita boleh berbahas mengenai ideologi, polisi tetapi jangan menggunakan sentimen agama. “Jangan gunakan sentimen sebegini sepanjang tempoh kempen kerana ini tidak baik untuk minda masyarakat dan kita nak berkempen dengan sihat,” tegasnya.

    ALSO READ:  K'jaan berpendirian takkan bina lagi empangan hidro besar

    Kata Akmal, politik sepatutnya menyatu-padukan rakyat dan bukannya untuk memecah belahkan masyarakat. “Politik ini tidak boleh dipecah-pecahkan, politik ini tidak boleh memecahkan masyarakat tetapi ia perlu menyatu-padukan masyarakat. “Saya haraplah kalau sentimen-sentimen 3R (agama, kaum, raja) ini boleh dihentikan dan saya percaya rakyat di Johor ini matang untuk memikirkan mana yang terbaik untuk mereka dan saya seru baik di pihak kami dan juga di pihak belah saya kita kena ada politik yang matang dan juga politik yang progresif,” tegasnya.

    PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram 9 September ini diadakan berikutan kematian penyandang kedua-dua kerusi, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu. DUN Simpang Jeram menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PH Ir Nazri Abdul Rahman, Mohd Mazri Yahya (PN) dan calon bebas, S Jeganathan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts