Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemuda Umno lancar memorandum, gesa kaji semula kes Najib

    Pemuda Umno lancar memorandum, gesa kaji semula kes Najib

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pemuda Umno akan melancarkan satu memorandum untuk mendesak kajian semula berhubung pertuduhan terhadap bekas perdana Menteri Najib Razak. Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ini selepas dakwaan dokumen bocor yang dikenali sebagai ‘memo dalaman’ berkaitan pertuduhan terhadap Najib dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah. “Pemuda Umno ingin melancarkan satu memorandum untuk Najib Razak. Seperti sedia maklum tempoh hari Pemuda Umno seluruh negara telah melakukan laporan polis untuk menuntut kesahihan ‘memo dalaman’. “Sehingga kini masih lagi kami tidak mendapat apa-apa respon dari peguam negara.

    Maka, tindakan selanjutnya yang lebih agresif kita akan kumpul seluruh negara untuk kita minta agar kajian semula bagi kes yang masih lagi dalam tempoh pendakwaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco Pemuda Umno, di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, hari ini. Katanya, sayap itu percaya bahawa Najib dijadikan sebagai mangsa pendakwaan terpilih, sekiranya dakwaan ‘memo dalaman’ memang wujud. “Kalau benar memo tersebut itu berlaku maka kita percaya Najib mangsa pendakwaan terpilih dan tak dapat keadilan sebaiknya.

    “Maka, memorandum ini kita akan lancar seluruh negara untuk mendapatkan supaya satu kajian semula kes Najib dijalankan dan (hasil kajian semula itu) akan serah kepada Yang di-Pertuan Agong agar memberi nasihat apakah langkah seterusnya untuk dilakukan,” katanya. Sebelum ini, Pemuda Umno membuat laporan polis susulan laporan bahawa AGC sedang menyiasat dakwaan kebocoran dokumen 2019 berkaitan pertuduhan terhadap Najib dan Irwan. Dokumen itu didakwa sebagai “memo dalaman” dari pasukan pendakwaan IPIC yang ditujukan kepada bekas peguam negara Tommy Thomas.

    Dokumen pada 2019 yang kemudian tular itu, mencadangkan enam pendakwaan terhadap kes rasuah Najib dan Irwan digugurkan atas alasan pihak pendakwaan merasakan tiada prima facie yang kukuh dapat dikemukakan kepada mereka berdua. Thomas sebelum ini berkata dia tidak ingat mengenai memo dalaman itu. Najib dan Irwan pada 2018 dituduh bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah melibatkan dana kerajaan RM6.6 bilion. Susulan itu, anak Najib, Nooryana Najwa, menggesa AGC untuk “melakukan perkara yang betul” dan menggugurkan enam pertuduhan rasuah terhadap bapanya dan Irwan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts