Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemuda Umno tawarkan Nga pembelajaran sejarah Tanah Melayu

    Pemuda Umno tawarkan Nga pembelajaran sejarah Tanah Melayu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas kontroversi permohonan pengiktirafan dunia terhadap perkampungan masyarakat Cina, Pemuda Umno menawarkan ‘pembelajaran sejarah’ kepada Menteri yang terlibat.

    Ketua mereka, Dr Akmal Saleh, berkata bahawa sayap parti Umno tidak beranggapan perlu ada pertemuan di antara pihaknya dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

    “Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi. Tiada keperluan untuk cadangan ini dan fullstop (noktah).

    “Jika nak jumpa (juga) boleh, tetapi kami nak ajar YB Menteri (Nga) mengenai sejarah Tanah Melayu dan Perlembagaan Malaysia sekali,” katanya dalam hantaran di media sosial.

    Akmal berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nga mengenai isu pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) terhadap Kampung Baru Cina di Selangor.

    Sebelum ini kementerian terbabit dilaporkan mahu mengemukakan cadangan agar pertempatan berkenaan mendapat perakuan Tapak Warisan Dunia oleh Unesco.

    Bagaimanapun langkah tersebut mendapat reaksi yang pelbagai dengan sesetengahnya menentang.

    Ia mendorong Nga menyatakan kesediaan untuk bertemu bagi menjelaskan isu tersebut.

    “Kami menjemput mereka untuk bertemu supaya kita boleh berbincang dan memahami fakta supaya mereka tidak diperdaya oleh pembangkang,” kata Nga dipetik New Straits Times.

    Kenyataan dibuat Akmal bagi pihak Pemuda Umno Malaysia itu adalah antara reaksi terbaru dibuat Umno.

    ‘Jika YB setuju, lets find a date (mari cari satu tarikh yang sesuai),” kata Akmal lagi.

    Sebelum ini bantahan Umno turut disuarakan setiausaha agung parti itu, Asyraf Wajdi Dusuki.

    Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula mendakwa cadangan dikemukakan Nga tidak pernah dibincangkan dengan Umno.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts