Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPemuda Umno: Wujudkan semula Lembaga Padi Beras Negara

    Pemuda Umno: Wujudkan semula Lembaga Padi Beras Negara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kerajaan diharap dapat mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) bagi membendung masalah ketirisan dan mengekang aktiviti kartel yang didakwa menjadi dalang serta punca masalah kekurangan beras tempatan.

    Ketua Pemuda Umno Dr Muhammad Akmal Saleh berkata cadangan itu juga berdasarkan situasi kekurangan bekalan pada masa ini yang dilihat seakan-akan tidak dapat dikawal hingga menyukarkan rakyat mendapatkan beras tempatan di pasaran.

    “MELALUI penubuhan LPN ia juga dilihat dapat mengatasi konflik kepentingan industri beras pada masa ini dan menfokuskan kawalan bekalan beras tempatan supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan ketika rakyat berada dalam keadaan tertekan.

    “Kita juga tidak mahu kartel ini mengaut keuntungan besar, sebaliknya pesawah yang bersusah-payah menanggung sengsara dengan harga padi yang rendah dan rakyat pula sukar mendapat bekalan beras tempatan yang mencukupi,” katanya kepada pemberita di Banda Hilir di Melaka hari ini.

    Dr Muhammad Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkata pihaknya juga mencadangkan tindakan penguatkuasaan dan hukuman lebih tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan manipulasi bekalan beras tempatan.

    Katanya ia seiring dengan pelaksanaan empat langkah intervensi tambahan diumumkan kerajaan Persekutuan semalam bagi menangani isu bekalan beras dalam negara yang menjadi keluh kesah rakyat kebelakangan ini.

    “Penguatkuasaan perlu tegas, berani, cepat dan teliti sebab jika ada banyak kelonggaran atau kelompongan dalam isu beras ini, saya percaya segala data yang kita ada itu hanya sekadar angka yang boleh dimanipulasi,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts