Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPenambahan 6,000 doktor lantikan tetap untuk tempoh 2024 - 2025

    Penambahan 6,000 doktor lantikan tetap untuk tempoh 2024 – 2025

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Kerajaan akan menambah sebanyak 6,000 pegawai perubatan lantikan tetap untuk tempoh 2024 hingga 2025, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

    Beliau berkata sebelum ini, kerajaan telah melantik sejumlah 9,822 pegawai perubatan ke jawatan tetap bagi tempoh 2019 – 2023.

    Dzulkefly berkata antara inisiatif atau pull factor untuk memastikan pegawai perubatan berkhidmat dalam sektor awam ialah menetapkan gaji permulaan dan elaun pegawai kontrak gred UD41 sebanyak RM5,197 sebulan, iaitu jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding skim perkhidmatan awam lain.

    “(Selain itu), elaun lokum yang mereka lakukan selepas waktu pejabat di klinik dan hospital di Jabatan Kecemasan hospital-hospital, kita berikan RM80 sejam, kurang lebih mereka akan bertugas tiga ke empat jam,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau berkata kerajaan juga menyediakan insentif penawaran pengajian kepakaran menerusi kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Program Latihan Kepakaran.

    Pada masa sama, Dzulkefly meminta semua pihak untuk tidak membuat andaian berhubung skim pencen penjawat awam dan menunggu sehingga keputusan kajian penambahbaikan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang dilaksanakan pada masa ini diumumkan.

    Beliau menjawab soalan Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) mengenai peranancangan jangka pendek dan panjang kementerian bagi menarik minat graduan perubatan untuk kekal berkhidmat dalam sektor kesihatan awam negara susulan kajian menghapuskan skim pencen penjawat awam.

    Dalam pada itu, Dzulkefly berkata sebanyak 1,696 pegawai perubatan telah meletak jawatan di Kementerian Kesihatan pada 2022.

    “Antara faktor utama peletakan jawatan pegawai perubatan ialah menerima tawaran untuk berkhidmat dalam sektor swasta atau badan berkanun, alasan peribadi serta masalah kesihatan,” katanya menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang ingin tahu punca pegawai perubatan berhenti daripada sektor awam.

    ALSO READ:  Justice Department launches first federal review of 1921 Tulsa race massacre

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts