Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly Seoul from Kuala LumpurFly Seoul from Kuala Lumpur
Thursday, August 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly Seoul from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPencen: Kabinet akan bincang dulu sebelum ke parlimen

    Pencen: Kabinet akan bincang dulu sebelum ke parlimen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri telah menyatakan bahawa cadangan untuk memansuhkan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat kabinet terlebih dahulu dan akan dibawa ke parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksanakan.

    Anwar Ibrahim pula menyatakan bahawa sebagai satu tanggungjawab moral, isu pemansuhan pencen perlu dibentang dan dijelaskan sepenuhnya kerana sukar untuk dirasionalkan ia dikecualikan kepada orang politik.

    “Ada orang tanya bagaimana pula orang politik, sistem berbeza… tapi saya fikir munasabah kalau kita kaji, kaji sekali.

    “Kalau penjawat awam tak ada (pencen), orang politik pun (patut) tak ada, tapi ia tertakluk kepada kelulusan di parlimen.

    “Kalau jadi dan kabinet bersetuju, saya (akan) bentangkan (di Parlimen).

    “Kalau ada kebetulan ahli parlimen nak tolak, itu dia tolaklah.

    “Saya bentangkan sebab dari segi tanggungjawab moral, bagaimana boleh kita bentangkan kepada awam dengan alasan kukuh dari segi ekonomi tetapi diberikan pengecualian kepada orang politik, sukar saya mahu rasionalkan.

    “Saya belum bentang kepada ahli-ahli parlimen untuk perbincangan awal, tetapi kalau mereka mahu elaun khas lain sebagaimana penjawat awam, kita boleh bincang. Tetapi dari segi konsistensi dalam memperkenal dasar, itu kita perlu bersama,” katanya.

    Perdana Menteri telah menyuarakan pandangan ini semasa berucap dalam program Penggerak Madani Negeri Sembilan di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Rembau hari ini.

    Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

    Anwar juga menyatakan cadangan untuk memansuhkan sistem pencen penjawat awam sudah diketengahkan ketika beliau menjadi Menteri kewangan pada 1990-an namun ia tidak dilaksanakan.

    Katanya isu tersebut perlu dijelaskan sepenuhnya kepada orang awam termasuk membabitkan aspek implikasi ekonomi sekali gus memastikan penjawat awam tidak berasa mereka dirugikan dengan sistem persaraan baru.

    ALSO READ:  Soccer-Saudi Arabia sole bidder to host 2034 World Cup, FIFA says

    “… tapi saya nak tanya, kalau kita teruskan bagaimana kesannya kepada ekonomi negara? Kita tak mampu teruskan, negara kaya semua dah hentikan skim pencen ini, tidak mampu bertahan.

    “Ada yang anggap bagaimana orang yang dapat pencen sekarang? Itu tidak boleh disentuh, ia akan diteruskan.

    “Bagaimana penjawat awam baru? Elaunnya tetap sama, tidak terkesan, jadi biar JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) cerakin dan buat pengumuman berikutnya,” kata beliau.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,334FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts