Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesPendaftaran Padu: Proses e-KYC kurang lima minit, kata Rafizi

    Pendaftaran Padu: Proses e-KYC kurang lima minit, kata Rafizi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menafikan dakwaan kononnya proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) iaitu memuat naik swafoto dan kad pengenalan untuk pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan mengambil masa tiga hari.

    Menerusi hantaran di X, Rafizi berkata proses itu hanya mengambil masa kurang lima minit untuk disahkan setakat ini.

    “Piawaian industri e-KYC yang diberikan oleh sistem e-KYC dalam pasaran menyebut tiga hari (seperti juga aplikasi yang ada dalam pasaran), tetapi setakat ini, e-KYC bagi pengguna yang mendaftar (untuk PADU) hanya mengambil masa kurang lima minit untuk disahkan.

    “Setakat 5 petang, lebih 40,000 e-KYC telah disahkan dan pendaftaran dalam baris gilir e-KYC (untuk disahkan) ialah dalam 300. Dengan prestasi sedia ada seperti ini, insya-Allah e-KYC akan diproses oleh algoritma dalam tempoh kurang lima minit, jadi tidak timbul e-KYC akan mengambil masa tiga hari,” katanya.

    Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming menerusi X meminta orang ramai segera mendaftar di portal PADU kerana bimbang maklumat kad pengenalan boleh digunakan individu lain kerana kelulusan e-KYC yang mengambil masa tiga hari.

    Mengulas perkara itu, Rafizi berkata sekiranya berlaku keadaan akaun mana-mana individu didaftarkan oleh orang lain, pengguna boleh terus ke meja bantuan yang terdapat dalam talian, menghubungi pusat panggilan atau ke kaunter fizikal.

    PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama serta sokongan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan Negeri.

    Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU serta mengemas kini dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.

    ALSO READ:  Biden kata Netanyahu lakukan kesilapan berperang di Gaza

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts